Selebriti Soo Wincci Bergelar Doktor Falsafah

SELEPAS enam tahun bertungkus lumus menyiapkan tesisnya, penyanyi dan pelakon Soo Wincci akhirnya bakal menerima ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Soo Wincci, 31, berkata, dia tidak dapat menahan sebak saat pemeriksa dan pensyarah yang menyelia tesisnya memaklumkan dia telah lulus sekali gus layak menerima gelaran doktor falsafah.

“Saya tidak dapat mengawal perasaan saat diberitahu oleh penyelia tesis saya bahawa saya telah lulus.

“Pertama kali dalam hidup saya menangis selama satu jam tanpa henti kerana mengenangkan perjalanan selama enam tahun demi mencapai cita-cita saya untuk memiliki Ijazah Kedoktoran,” katanya.

Soo Wincci juga mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang dari Universiti Reading, United Kingdom dan Ijazah Sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan dari Universiti Sunshine, Coast, Australia.

Dalam pada itu, Soo Wincci berkata, dia tidak dapat menahan kesedihan kerana terkenangkan pengorbanan yang terpaksa dilakukan sepanjang tempoh enam tahun menyiapkan tesisnya.

Soo Wincci 2

Malah katanya, dia terpaksa mengenepikan soal cinta semata-mata ingin merialisasikan impiannya itu.

“Sepanjang tempoh itu banyak yang saya korbankan termasuk masa untuk diri sendiri, keluarga, kawan-kawan malah percintaan demi merialisasikan impian ini.

“Tidur saya tidak pernah cukup selain saya hampir tidak mengenali diri sendiri dan kini saya dapat berehat dengan sepuas-puasnya,” ujarnya.

Malah Soo Wincci menerusi statusnya di Facebook itu turut berkongsi kepayahan menyiapkan tesisnya itu apabila cadangan kertas kerjanya sering ditolak namun dia tidak berputus asa.

“Saya tidak ingat berapa kali tesis saya ditolak oleh pensyarah dan pembetulan terpaksa dibuat sehingga pada satu tahap saya dimarahi oleh orang terdekat yang meminta agar saya tidak lagi memaksa diri untuk belajar.

“Bagaimanapun saya perlu bekerja kuat dalam merialisasikan impian dan visi saya,” jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Soo Wincci berkata, ijazah kedoktoran itu adalah permulaan baharu baginya selain mempunyai misi untuk membantu lebih ramai masyarakat agar mencapai impian mereka.

Majlis konvokesyen penganugerahan ijazah doktor falsafah kepada Soo Wincci dijangka diadakan pada Oktober depan. – Mstar Online

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s