Thailand Berpuasa Selasa, Malaysia dan Indonesia Isnin

BANGKOK: Umat Islam di Thailand akan mula menunaikan ibadah puasa Selasa ini, sebagaimana diumumkan oleh Sheikhul Islam negara itu Aziz Pitakkumpol malam Ahad.

Beliau berkata anak bulan tidak kelihatan di kawasan ditetapkan di daerah Yaha, wilayah Yala petang tadi.

Pengumuman Aziz itu dibuat dari pejabatnya di sini dan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen tempatan, NBT.
penyimpan mohor
Sementara itu, Umat Islam di negara ini akan mula berpuasa esok.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkannya berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Isnin, 6 Jun 2016, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman ringkas itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam Ahad.

Di JAKARTA: Majoriti umat Islam di Indonesia akan berpuasa mulai esok setelah kerajaan mengumumkan anak bulan Ramadan kelihatan di beberapa daerah di republik ini, hari ini.

Penetapan tarikh itu berdasarkan kepada sidang isbat bersama-sama tokoh-tokoh agama yang diadakan secara tertutup selepas solat Maghrib di sini.

Menteri Agama Lukman Hakim, dalam satu kenyataan yang disiarkan secara langsung oleh siaran-siaran televisyen tempatan, berkata penetapan tarikh itu dipersetujui oleh sidang isbat setelah menerima laporan bahawa anak bulan telah kelihatan di beberapa kawasan di Indonesia.

— BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s