Belum ‘Confirm’ Shafie Apdal Buat U-Turn

apdal1
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi perhatian banyak pihak selepas menghantar gambar dirinya bersama anggota kempen BN semasa pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar di Facebook.

Ia mencetuskan spekulasi sama ada beliau telah meninggalkan kumpulan yang memberontak terhadap Umno yang telah berikrar untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pada Julai yang lalu, Shafie bersama-sama Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilucutkan jawatan mereka dalam kabinet kerana mengkritik Najib atas skandal 1MDB dan berbilion wang dalam akaun bank peribadinya.

Dalam gambar itu, para anggota kempen BN yang terkejut dengan kehadiran Shafie dilihat berjabat tangan dan memeluk beliau.

Gambar-gambar tersebut muncul susulan rancangan oleh para ‘pemberontak’ Umno yang diketuai oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berkempen menentang BN di pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Mereka yang menentang BN menyifatkan dua pilihan raya kecil itu sebagai referendum kepada kepimpinan Najib selaku perdana menteri.
apdal2
Dalam laman Facebook, Shafie sempat menafikan bahawa beliau telah membuat pusingan U sambil menekankan bahawa beliau sentiasa setia dengan Umno.

“Saya masih ahli Umno, masih naib presiden Umno. Isu membuat pusingan U atau isu kesetiaan saya kepada parti tidak timbul sama sekali.

“Selagi saya masih hidup , saya akan terus berjuang untuk rakyat, bukan untuk mana-mana individu. Saya suka parti saya , tetapi saya juga suka negara saya lebih daripada segala-galanya, ” katanya.- Malaysiakini

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s