MAIWP Permudah Permohonan Bantuan Zakat

Majlis Pelancaran Agihan Makanan Berbuka Puasa Kepada Golongan Asnaf di Dataran Bangunan Daruzzakah Baitulmal, Kuala Lumpur pada 6 Jun 2016 jam 5.00 PM hingga 5.30 PM

Majlis Pelancaran Agihan Makanan Berbuka Puasa Kepada Golongan Asnaf di Dataran Bangunan Daruzzakah Baitulmal, Kuala Lumpur pada 6 Jun 2016 jam 5.00 PM hingga 5.30 PM

KUALA LUMPUR 8 Jun: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) telah melakukan penambahbaikan dalam perkhidmatan bantuan zakat termasuk mempermudah proses mengemukakan permohonan bantuan.

Ketua Unit Komunikasi Korporat MAIWP, Wan Ahmad Fadhli Shah Wan Mohamad Zain berkata, pemohon kini hanya perlu mengisi sehelai borang mengandungi dua halaman berbanding lapan halaman sebelum ini.

Beliau berkata, pemohon hanya perlu menyertakan salinan dokumen asas iaitu kad pengenalan dan dokumen yang menyokong permohonan mereka.

“Misalnya jika pemohon memerlukan bantuan perubatan, maka surat pengesahan daripada hospital diperlukan dengan menyatakan jenis rawatan dan keperluan yang dihendaki,” katanya, sambil menambah pemohon tidak perlu mendapatkan pengesahan pihak seperti ahli politik, ketua kampung, imam dan sebagainya.

Beliau mengulas tanggapan sesetengah pihak bahawa prosedur permohonan bantuan zakat agak menyusahkan dan mengambil masa lama untuk diluluskan. – BERNAMA/Gambar FB YB Menteri

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s