Memang Betul Gambar Saya Berdisko, Tapi Saya Bukan Kaki Disko – Syed Saddiq

kaki disko saddiq
ORANG MUDA yang liberal boleh menerima pengakuan aktivis muda Syed Saddiq ke disko tetapi bagi orang muda biasa atauyang ada latar belakang pendidikan dan suka kepada amalan agama, perbuatan Syed Saddiq itu tidak halal.

Adakah dengan cara membuat undian di twitter mengenai hudud boleh memulihkan silap laku lamanya ke disko?

Masyarakat sehingga hari ini masih bertanya-tanya lagi siasatan yang dibuat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berhubung dengan isu ini atau sudah menutup laporannya?

Laporan Mstar 14 Mac 2016, menyebut Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui gambar beliau ke disko yang tersebar awal Mac tahun ini memanng gambar beliau.

Begitupun, katanya, beliay tidak tergugat dengan ugutan supaya menutup mulut apabila gambarnya ke disko mula tersebar di media sosial.

Tegasnya, beliau tidak akan berdiam diri namun mahu terus mempertahankan apa yang diperjuangkannya demi kepentingan negara.

“Mereka cuba untuk menggertak dan mendiamkan saya dengan isu ini. Ramai yang beri saya cadangan untuk menidakkan perkara ini atau berdiam diri dan menolak isu ini ketepi.

“But, I won’t do that. Saya bukan ahli politik. Saya tidak akan menipu dan saya tidak akan memutar belitkan fakta yang sedia ada.

“Saya mengaku gambar itu memang gambar saya. Saya pernah pergi ke disko. I won’t deny that. Tapi saya bukan ‘kaki clubbing atau disko’ sepertimana yang dituduh,” katanya menerusi posting di Facebook.
disko saddiq
Tambah beliau, gambar berkenaan dirakamkan semasa majlis pengumuman pusingan kalah mati pertandingan debat peringkat Asia.

Syed Saddiq yang sering mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyertai majlis menandatangani ‘Deklarasi Rakyat’ bagi menggesa Perdana Menteri meletak jawatan.

Sebelum itu beliu turut mengetuai 25 belia pelbagai latar belakang politik menyatakan hilang keyakinan terhadap Najib.

Selain itu Syed Saddiq yang memenangi gelaran Pendebat Terbaik Asia sebanyak tiga kali berkata, kehidupan masa lalunya tidak menggambarkan keperibadiannya pada masa ini.

“Saya bukan manusia yang sempurna. Saya juga bukan Muslim yang sempurna. Saya, seperti mana-mana manusia lain, pernah melakukan kesilapan. Tapi masa lalu tidak mendefinisikan siapa saya sekarang.

“Tanya sahaja pada ibu bapa saya, kawan-kawan terdekat malahan ustaz-ustaz saya, mereka kenal siapa saya.

“Saya sedang dalam proses untuk memperbaiki diri sendiri untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan,” katanya.

Seorang bekas aktivis universiti turut mempersoalkan mengapa laporan mengenai peristiwa hitam ini ketika Syed Saddiq mewakili UIAM tidak didedahkan kepada orang ramai.

“Ia satu program rasmi mewakili UIAM. Hebat! Jika UIAM tidak menyiasatnya dan merasa kagum dengan pengakuannya tentunya UIAM turut mempunyai pegawai pengiring yang hebat! Kagumnya kita dengan pegawai itu!,” katanya.

Aktivis dari bekas universiti di Malaysia timur mempersoalkan lagi: “Adakah UIAM tidak merasakan ini satu perkara memalukannya sebagai Institusi Pengajian Tinggi Universiti Islam?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s