Peniaga Tidak Utamakan Kebersihan Disenarai Hitam – Ahmad Razif

razif bazar
KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri Terengganu akan mengambil tindakan tegas termasuk memberi amaran dan menyenarai hitam mana-mana peniaga di bazar Ramadan yang tidak mengutamakan kebersihan termasuk menjual makanan basi.

Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman berkata peniaga yang disenarai hitam tidak akan dibenar menjual di mana-mana premis di negeri ini.

“Saya memang dah selalu ingatkan supaya aspek kebersihan perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa dan perlu dikuatkuasakan untuk menjamin keselamatan pembeli.

“Perkara ini kami tak akan bertolak ansur,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Kebersihan dan Keselamatan Makanan di Bazar Dataran Syahbandar di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Mohammad Omar.

Ahmad Razif berkata 99 pasukan yang terdiri daripada 288 anggota daripada Jabatan Kesihatan Negeri dan daerah serta pihak berkuasa tempatan ditugaskan untuk membuat pemantauan dan pemeriksaan di seluruh bazar Ramadan.

“Di daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu sebanyak 26 kumpulan dengan 81 anggota ditempatkan, diikuti daerah Dungun 55 kumpulan dengan 55 anggota, Hulu Terengganu tujuh kumpulan dengan 40 anggota, Kemaman 22 pasukan dan 38 anggota manakala Besut dan Setiu masing-masing 24 dan 23 kumpulan dengan jumlah anggota 38 dan 27 orang,” katanya.

Ahmad Razif berkata kerajaan negeri juga kini dalam usaha untuk mewujudkan konsep kelas A di beberapa premis makanan yang sedang dikenal pasti.

“Buat permulaan saya dah cadangkan supaya premis makanan di kawasan pelancongan yang menjadi tumpuan ramai iaitu di Batu Burok dinaik taraf kelas A seperti yang dilaksanakan Majlis Perbandaran Kemaman yang mana satu kawasan telah dinaik taraf menjadi kelas A,” katanya. Bernama 8/6/16

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s