18,000 Pil Kuda Bernilai RM450,000 Dirampas Di Pasir Mas

KOTA BAHARU: Polis menahan seorang pemuda berusia 22 tahun dan merampas 18,000 pil kuda dianggar bernilai RM450,000 dalam Ops Tapis Khas bersepadu di Kampung Lemal, Pasir Mas, semalam.

Tangkapan dan rampasan itu dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, lelaki itu ditahan ketika cuba melarikan diri dengan sebuah kereta selepas menyedari kehadiran sepasukan anggota polis.

“Pemeriksaan ke atas kenderaan itu menemui pil kuda berkenaan dan suspek dipercayai telah enam bulan menjalankan pengedaran dadah itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Ab Rashid berkata siasatan mendapati lelaki itu disyaki daripada sindiket yang membekalkan dadah kepada penagih di sekitar Pasir Mas, dan polis akan mengesan lagi anggota kumpulannya.

Lelaki itu direman tujuh hari bermula semalam hingga Isnin ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori.

KOTA BHARU, 8 Jun -- Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Ab Rashid Ab Wahab (tiga, kanan) bersama pegawainya menunjukkan sejumlah 18,000 biji pil kuda dianggarkan bernilai RM450,000 yang dirampas daripada seorang pemuda berusia 22 tahun di Kampung Lemal, Pasir Mas awal pagi semalam, pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan hari ini. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

KOTA BHARU, 8 Jun — Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Ab Rashid Ab Wahab (tiga, kanan) bersama pegawainya menunjukkan sejumlah 18,000 biji pil kuda dianggarkan bernilai RM450,000 yang dirampas daripada seorang pemuda berusia 22 tahun di Kampung Lemal, Pasir Mas awal pagi semalam, pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan hari ini.
–fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA


— BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s