DAP Halang Umat Islam Laksanakan Agama – PAS

tuan ibrahim1
KUALA LUMPUR: Pas menyifatkan kerjasama politik mustahil dilakukan dengan mana-mana pihak yang sanggup menghalang kewajipan bagi umat Islam mengamalkan ajaran agamanya.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perkara itu berlaku antara parti tersebut dengan DAP apabila hal sekecil seperti mengusulkan pindaan Akta 355 untuk menaik taraf Mahkamah Syariah menjadi titik pertikaian.

Menurut beliau, orang Islam mempunyai kewajipan terhadap agamanya sebagaimana penganut agama lain melaksanakan kewajipan mereka dan kewajipan orang Islam itu tidak pernah pun mencampuri urusan agama lain.

“Bayangkan kalau ada parti yang hendakkan kerjasama meletakkan syarat di mana penganut agama lain tidak lagi boleh me­lakukan pembakaran, termasuk pembakaran mayat kerana kekangan undang-undang alam sekitar, apakah kerjasama itu masih akan wujud?

“Pas tidak mengambil jalan pendek untuk melaksanakan tuntutan agama dalam pindaan Akta 355. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan cadangan pindaan rang undang-undang itu melalui Parlimen untuk dibahas dan diterima sekali gus memenuhi semua prosiding dalam sistem demokrasi yang diamalkan dalam negara ini,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.
tuan ibrahim2
Tuan Ibrahim berkata, Pas tidak boleh bersetuju dengan kerjasama politik yang menyekat parti itu daripada melaksanakan kewajipan sebagaimana yang dituntut ajaran Islam.

Pada masa yang sama, kata beliau, Pas juga tidak akan bersetuju mengadakan kerjasama politik untuk menyekat pengamalan bagi agama lain.

Dalam hal itu, beliau berkata, Pas menyambut baik usaha pihak kerajaan memberi ruang kepada Presiden Pas membentang rang undang-undang itu di Parlimen sebagai satu cara untuk membuka jalan kepada orang Islam mengamalkan ajaran agama mereka kerana ia melibatkan agama sebagaimana kelulusan diberikan kerajaan untuk membina kuil mahupun tokong di kawasan pembangkang.

“Pas akan terus berjuang memastikan orang bukan Islam bebas untuk mengamalkan agama mereka. Pada masa yang sama, Pas akan terus berjuang agar orang Islam juga diberi kebebasan yang mengamalkan ajaran agama secara penuh dalam keadaan Perlembagaan negara mengiktiraf Islam sebagai agama persekutuan.

“Hormatilah kewajipan dan tuntutan agama masing-masing demi keharmonian bersama. Tolaklah pihak yang menyemai kebencian,” katanya. – Utusan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s