Kemaluan Tersepit: Pengendali Eskalator Berdepan Denda RM100,000

tersepiteskalator
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali ekskalator di pasar raya di Bagan Serai berikutan insiden seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cedera pada bahagian kemaluan akibat tersepit di eskalator, Isnin lalu.

Pengendali itu akan dibawa ke mahkamah selepas didapati kemudahan yang dipasang itu tidak mendapat sijil sah layak menduduki (CF).

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan, Kesihatan dan Pekerjaan Malaysia (DOSH), Datuk Ir. Mohtar Musri berkata, pengendali yang menjalankan operasi ekskalator tersebut disyaki tidak menyelenggara atau memperbaharui CF, akan berdepan dengan denda RM100,000 atau penjara dua tahun sekiranya didapati bersalah.

“Kita telah periksa peranti keselamatan yang dipasang pada ekskalator dan CF. Berdasarkan siasatan kita, mereka tidak mengikut peraturan.

“Kita akan menghantar kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara supaya tindakan dapat diambil,” katanya.

Beliau berkata, perkhidmatan ekskalator itu berhenti sejak Mac lalu selepas tamat CF tetapi penyewa baharu meminta pihak pengurusan untuk menyambungkannya semula.

Pada Isnin malam, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cedera pada bahagian kemaluan akibat tersepit di eskalator di sebuah pasar raya.

Dalam kejadian pada pukul 8.16 malam itu, mangsa berkenaan dipercayai duduk di atas eskalator berkenaan tanpa pengawasan semasa menuju ke tingkat tiga dari tingkat dua.

Seluar kanak-kanak itu tersepit pada eksklator sehingga menyebabkan kecederaan.

Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan kanak-kanak itu.-Mstar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s