KELANTAN: Wanita Tak Bertudung Didenda RM1,000

WANITA tidak menutup aurat di negeri Kelantan dalam maksud tidak memakai tudung, berpakaian ketat dan/atau menjolok mata boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan.

Ini termaktub dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan berkaitan Seksyen 5 (1) iaitu perbuatan tidak sopan yang membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara enam bulan.

Agaknya, jika diluluskan pindaan RUU Akta 355 Mahkamah Jenayah Syariah yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat baru-baru ini, hukuman denda berkenaan boleh ditingkatkan lagi, termasuk mengenakan rotan.

Dengan cara itu, dalam fikiran pembuat undang-undang, pelbagai masalah sosial boleh diatasi dan orang ramai akan terus mematuhi undang-undang untuk mengelak dihukumkan dengan kerasnya.

Awal Puasa minggu lalu menyaksikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) yang melakukan ‘Ops Ramadan dan Aurat’ dan serta merta mengeluarkan amaran dan kaunseling kepada wanita yang tidak menutup aurat.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAHEIK, Mohd Fadzuli Mohd Zain, berkata seramai 24 wanita diberi amaran manakala tujuh lagi dikaunseling berikutan mendedahkan aurat.

“Kami hanya memberikan kaunseling serta amaran kepada mereka kerana tujuan kami adalah untuk mendidik masyarakat supaya menghormati bulan Ramadan,” katanya kepada pemberita, di Kota Bharu.
.

KOTA BHARU 08 JUNE 2016. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Datuk Che Mohd Rahim Jusoh (kanan) bersama anggota penguatkuasa yang akan menyertai operasi pada majlis pelancaran operasi puasa dan aurat di pejabat JAHEAIK, Balai Islam, Lundang, Kota Bharu. NSTP/SYAMSI SUHAIMI

KOTA BHARU 08 JUNE 2016. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), Datuk Che Mohd Rahim Jusoh (kanan) bersama anggota penguatkuasa yang akan menyertai operasi pada majlis pelancaran operasi puasa dan aurat di pejabat JAHEAIK, Balai Islam, Lundang, Kota Bharu. NSTP/SYAMSI SUHAIMI

Sementara itu, pengarah JAHEIK, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh, berkata operasi itu diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat di negeri ini mengenai kewajipan menutup aurat mengikut Syariat Islam.

“Untuk permulaan Ramadan, fasa pertama bagi operasi cegah aurat serta perbuatan tidak sopan adalah peringkat didikan serta nasihat manakala untuk operasi puasa, kita lebih ke arah fasa penguatkuasaan,” katanya.

Beliau juga berkata, operasi itu akan berterusan pada bulan Ramadan serta waktu operasi adalah pada waktu 11 pagi sehingga 5 petang serta akan bertindak pada waktu malam jika mendapat sebarang maklumat.

Katanya, mengikut Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan berkaitan Seksyen 5 (1) iaitu perbuatan tidak sopan yang membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara enam bulan manakala bagi Seksyen 26 iaitu tidak berpuasa di bulan Ramadan akan dikenakan denda RM500 serta penjara tiga bulan atau RM1,000.

“Seramai 89 anggota di seluruh negeri ini akan dikerahkan dan kita mendapat kerjasama daripada Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) serta pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam memastikan operasi ini berjalan lancar,” katanya.
saman aurat

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s