Pilih PAS Atau PAN: Soalan Najib Kepada Kerajaan Selangor

SUNGAI BESAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa kerajaan negeri Selangor menyatakan pendirian berhubung sokongan mereka sama ada kepada PAS atau Parti Amanah Negara (Amanah) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Katanya, kerajaan Selangor pimpinan PKR dilihat kabur dengan pendirian mereka kerana masih menjalin hubungan dengan Amanah dalam Pakatan Harapan tetapi pada masa sama mengekalkan pertalian dengan PAS, iaitu sekutunya dalam Pakatan Rakyat yang kini telah berkubur.

“Di sini pun kita lihat…di mana letak pendirian kerajaan negeri Selangor, siapa yang dia sokong? Sokong PAN (Amanah) atau sokong PAS? Tolong jelaskan,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama rakyat negeri Selangor di Masjid Ma’muniah, Simpang Lima, di sini hari ini.
najib sg besar1
najib sg besar2
Perdana Menteri turut mempersoal pendirian kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali terhadap PAS yang wakil rakyatnya masih berkhidmat dalam kerajaan negeri, tetapi parti itu tidak bersama dalam Pakatan Harapan.

“Duduk dalam satu kerajaan tetapi tiada persefahaman. Seolah-olah tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain. Ini bukan ramuan yang boleh memberi kita keyakinan,” kata Najib.

Hadir sama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar, Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, dan calon BN, Budiman Mohd Zohdi.

Berucap lanjut, Perdana Menteri berkata negara memerlukan sebuah kerajaan yang kuat untuk memimpin dan kerajaan BN terbukti mampu menguruskan segala dasar-dasar berkepentingan rakyat.

Katanya, kekuatan kerajaan BN akan bertambah lagi sekiranya mencapai kemenangan di PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, 18 Jun ini.

“Kalau kerajaan pusat tidak kuat kita akan menghadapi tekanan dan akhirnya rakyat yang menderita, kita tidak mahu rakyat dalam keadaan susah atau tertekan, kita nak kerajaan yang kuat dan kukuh,” katanya.

Najib menjelaskan walaupun negara berhadapan ketidaktentuan ekonomi ekoran kejatuhan harga minyak dunia, namun kerajaan masih mampu menjaga kebajikan rakyat dan meluluskan projek-projek untuk kepentingan rakyat.

Katanya inilah perbezaan yang dinikmati rakyat apabila memilih sebuah kerajaan yang tahu menguruskan negara melalui dasar-dasar pentadbiran.

“Ini baiknya kita pilih kerajaan yang stabil kerana kalau kita berkeceramuk sesama kita apa akan terjadi kepada negara kita…akhirnya ekonomi kita akan merundum,” katanya.

Kata Najib, soal memilih kerajaan ini bukan perkara main-main dan tidak harus dibuat mengikut emosi semata-mata tetapi dengan minda yang rasional dan tenang dan mengetahui apa yang dikehendaki untuk negara.

Dalam pada itu, beliau berkata pemilihan Budiman sebagai calon BN pada PRK kali ini berdasarkan rekod pencapaiannya sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang.

Dalam pada itu, Najib turut menyatakan komitmen kerajaan untuk terus membantu pekebun kecil, nelayan dan pesawah melalui bantuan-bantuan tambahan yang akan diumumkan dalam masa sehari dua ini. – Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s