PM Umum KUISAS Sebagai universiti Awam Berkuatkuasa Serta Merta

KUALA KANGSAR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) diberikan status universiti awam penuh, berkuat kuasa serta-merta.

Najib yang juga Presiden UMNO mengumumkan perkara berkenaan dalam ucapannya sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid KUISAS di sini.

“Bagi kesinambungan bandar Kuala Kangsar yang merupakan bandar pendidikan Melayu tertua di Malaysia, maka sukacita saya umumkan KUISAS sebagai sebuah universiti penuh.

“Dengan ini KUISAS akan menerima geran kerajaan pusat berkuat kuasa serta merta,” katanya.

Sehubungan itu Najib berkata, KUISAS akan menggunakan nama Universiti Azlan Shah Malaysia (USAS) dan akan menerima geran tahunan kerajaan.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut jumlah geran tahunan berkenaan.
usas1
Turut menunaikan solat Jumaat bersama Najib ialah Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta empat orang anak-anak calon Barisan Nasional (BN), Wan Emir Astar, Wan Imar, Wan Iskandar dan Wan Amar.

Turut sama kira-kira 500 jemaah yang terdiri daripada warga KUISAS dan penduduk setempat.

KUISAS mula beroperasi pada tahun 1999 yang dikenali sebagai Kolej Islam Darul Ridzuan sebelum dinaik taraf menjadi kolej universiti pada 2013.

Menaik taraf KUISAS kepada universiti awam merupakan satu daripada lima agenda yang dijanjikan calon BN Datin Mastura Mohd Yazid kepada pengundi pada Pilihan raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar.
USAS
— BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s