JERTIH: Hidup Dalam Pondok Kambing

rumah kambing
Akibat kemiskinan hidup, memaksa pasangan Kamaro Mohamad, 35, dan Saidatul Akma Arifin, 25, menjadikan sebuah pondok yang asalnya untuk dijadikan kandang kambing sebagai tempat berteduh sejak enam tahun lalu.

“Suami saya tidak mampu membina rumah yang sempurna dan sebagai tukang rumah yang bekerja dengan orang, pendapatannya tidak seberapa tambahan lagi sebelum ini, kami gunakan sebahagian gaji untuk merawat anak perempuan kami, Nursyafira Aisya, 5, yang mengalami masalah kesihatan sejak dilahirkan.

“Tapi anak perempuan saya itu meninggal dunia dua bulan lalu ketika mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat jangkitan kuman pada paru-paru,” katanya.

Saidatul Akma berkata lagi, selama ini mereka sering berulang alik ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan kerana membawa anak perempuannya itu menjalani pemeriksaan rutin.

Katanya, walaupun tinggal di pondok kecil tetapi mereka reda dengan ketentuan Tuhan.

Katanya, pondoknya tidak mempunyai kemudahan asas dan berharap kepada ihsan jiran.

Bagaimanapun, masalah dihadapi pasangan itu mendapat perhatian Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Gerai Tua, Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Jertih dan Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Besut.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri merangkap Adun Jertih, Datuk Mohamad Pehimi Yusof , pihaknya telah mengambil langkah untuk membantu keluarga terbabit.

Kata beliau, pihaknya mendapati pasangan tersebut tidak layak memperoleh bantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin kerana mereka masih muda dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.

“Namun begitu, kita telah memanjangkan nama mereka untuk dipertimbangkan sebagai penerima rumah komuniti di bawah Pejabat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Besut,” katanya. – Sinar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s