Mee Segera Korea Syubhah, Hampiri Haram

meggie korea
KINI, terlalu banyak jenis makanan segera yang bukan sahaja di jual di pasaran terbuka, tetapi sudah menjadi trend jualan atas talian yang tidak pasti halal atau haramnya.

Laman sosial facebook Sahabat Halal kini dengan rancaknya menggerakkan kempen boikot produk yang berada pada tahap syubhah (ragu-ragu) yang menghampiri haram.

Ini termasuklah Mee segera SAMYANG.

“Baik coklat pepero atau mee segera samyang, kita boikot belaka, tiada integriti langsung dalam sijil halal mereka!,” katanya di https://www.facebook.com/shbtHalal.
meggie korea1
Begitu juga seorang penulis atas nama Halal Korea turut membangkitkan isu penjualan mee segera secara online yang tidak halal.

“Kami menerima banyak laporan daripada pengguna Malaysia bahawa terdapat ramai penjual online menjual Buldakbokkummyeon versi tidak halal dengan menyatakan produk tersebut halal untuk dimakan.

“Akan tetapi produk tersebut sememangnya tidak halal! Beberapa bulan yang lalu, saya ada memberikan maklumat mengenai kesilapan pihak pengeluar ‘Samyang’ berkenaan pembalut produk makanan tersebut yang menggunakan plastik pembungkus untuk produk yang tidak halal dengan kandungan yang diiktiraf halal.

“Namun, pihak syarikat tersebut telah pun menggunakan pembungkus makanan dengan cop halal bagi pakej 5 bungkus ramen (plastik luar ada cop halal, tapi plastik pembungkus individu tiada cop halal).

“Dengan kekeliruan mengenai status halal produk ini melalui pembungkusan, penjual-penjual ini mengambil kesempatan dengan menjual versi tidak halal kepada pengguna muslim di Malaysia.” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s