“Pernah Satu Hari Kami Hanya Ada RM5,”

RAWANG: “Pernah sehari tu kami ada RM5 saja dan kami gunakan untuk beli nasi bungkus, nak beli bahan untuk masak tak cukup.

“Setiap hari mula pukul 12 tengah hari sampai 10 malam makcik akan bungkus sup bunjut dan berhenti sekejap untuk solat dan memasak.

“Sehari boleh siap 400 biji.

“Kalau tiga hari dapatlah RM12 tapi dibayar setiap hujung bulan. Dalam sebulan paling banyak pernah dapat RM150,” katanya pasangan warga emas, Siti Hazirah Hamzah, 63, dan suami, Abdullah Khamis, 70, ini saling melengkapi demi meneruskan kelangsungan hidup mencari sesuap nasi.

sup bunjut
Siti Hazirah berkata, dia pernah berputus asa dan mahu pulang ke kampung untuk memulakan hidup baru namun niatnya itu terbantut berikutan tidak mahu menyusahkan keluarga.

“Makcik dari Johor dan pakcik pula dari Perlis. Bila suami selalu sakit dan tak boleh bekerja, makcik ajak dia balik kampung tapi pakcik tak nak sebab masih mampu bertahan.

“Alhamdulillah, rumah ni rumah sendiri walaupun kecil tapi cukuplah buat kami suami isteri meneruskan hidup,” katanya yang tidak mempunyai anak.
sup bunjut1
Cerita ini disiarkan dalam akhbar Harian Sinar, 6 Jun lalu.

Dahulunya, suami membawa bas mini kemudian teksi namun kini hanya duduk di rumah kerana sakit gout kronik yang dialaminya.

“Bila pakcik dah sihat pakcik akan keluar cari duit, pernah sehari tu kami ada RM5 saja dan kami gunakan untuk beli nasi bungkus, nak beli bahan untuk masak tak cukup.

“Ada hikmah juga kami tiada anak, kalau tak, tak tahu macam mana nak besarkan mereka. Kalau betul-betul susah baru minta bantuan saudara tapi tak boleh selalu nanti orang tak suka.

“Kalau dapat zakat bagus juga boleh ringankan belanja dapur. Duit rumah dah habis bayar, bil elektrik dan air kadang-kala tak perlu bayar sebab tak banyak guna,” katanya.
sup bunjut2
Sebaik menerima maklumat, Lembaga Zakat Selangor terus mengunjungi keluarga ini 9 Jun lalu, untuk mengambil makumat mengenai mereka.

Melalui kunjungan ini sedikit bantuan kecemasan sebanyak RM300 dihulurkan kepada keluarga ini.

http://www.zakatselangor.com.my/lapor-asnaf/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s