Erra Tak Menolak Ditakdirkan BerJodoh Dengan Shahir

KUALA LUMPUR: Bagaikan tidak bernoktah, gosip mengenai pelakon jelita, Erra Fazira yang dikatakan bakal mendirikan rumah tangga dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir Zawawi kembali hangat menjadi bualan di laman sosial.

Khabar angin itu kembali bertiup apabila Shahir dikatakan bakal menghantar rombongan meminang selepas sambutan Aidilfitri ini.

Erra yang ditemui pada sidang media KL Raya Fest 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang semalam, menafikan gosip yang bertiup namun mengakui mereka masih berhubungan.

“Hujung tahun lalu pernah tersebar gosip Shahir dikatakan bakal menghantar rombongan meminang, tetapi tiada apa yang berlaku.

“Kali ini, sekali lagi perkara yang sama dibangkitkan kononnya kami akan bertunang selepas raya nanti. Jawapan saya masih sama iaitu tidak benar.

“Saya masih berkawan baik dengan Shahir, tetapi tidak pernah mengetahui mengenai urusan peminangan seperti yang diperkatakan. Jika benar kami akan bertunang, sudah pasti saya akan tahu segala perancangan Shahir,” katanya.

Gambar NSTP/ADI SAFRI

Gambar NSTP/ADI SAFRI


Erra bagaimanapun, tidak menolak sekiranya ditakdirkan bertemu jodoh dengan penyanyi terbabit, namun enggan bercerita lanjut mengenainya.

Erra juga berharap, peminat tidak mengaitkan dirinya sebagai punca Shahir menyepi daripada industri hiburan.

“Shahir sudah memperlahankan aktiviti seninya sebelum saya mengenalinya. Gosip mengatakan saya menghalangnya daripada aktif tidak benar sama sekali. Saya tidak pernah mencampuri sebarang urusan berkaitan kerjaya atau masa depannya,” katanya.

Hubungan Erra dan Shahir hangat diperkatakan apabila kedua-duanya mula rapat sejak dua tahun lalu.

Sementara itu, berkongsi lanjut mengenai perkembangan terbaharunya, Erra mengakui, sedang memperlahankan kerjaya seninya kerana ingin memberikan lebih perhatian terhadap perniagaannya iaitu Rara Cookies.

Erra adalah antara beberapa selebriti yang bakal menyertai KL Raya Fest 2016 yang diadakan di PWTC dari 24 hingga 26 Jun ini.

“Sejak berjinak-jinak dengan menyertai bazar di Istana Budaya, tahun lalu, saya semakin agresif menyertai pelbagai festival untuk memperluaskan lagi jaringan perniagaan.

Saya mula berniaga sejak lima tahun lalu, tetapi lebih selesa berada di balik tabir.

“Hanya pada tahun ini, saya mula aktif memperkenalkan produk seperti Rara Cookies dan tudung Rara By Erra Fazira,” katanya yang akan tampil dengan filem Soulmate.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/164711

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s