Gembira Ibu Bila Anak Sedar Selepas Koma 3 Tahun

GEORGE TOWN: Seorang ibu yang menyangkakan dia akan kehilangan satu-satunya anaknya kerana H1N1, tiga tahun lalu, kini gembira kerana anaknya itu boleh menggerakkan jari dan anak matanya serta mengelipkan mata.

Chan Lai Khin, 40, ibu kepada Chan Yi Yuiin, 11, yang dijangkiti H1N1 ketika berusia lapan tahun, mendoakan keajaiban setiap hari agar anak tunggalnya itu dapat pulih dan kembali hidup normal.

“Yi Yuiin koma hampir dua tahun dan mula pulih sejak setahun lalu, walaupun perkembangannya sedikit, saya percaya masih ada harapan untuknya pulih,” kata Lai Khin semasa perjumpaan dengan Lions Club George Town di sini hari ini.

Lai Khin telah berhenti kerja sebagai juruwang di sebuah pasar mini di sini, dan dengan bantuan suami dan ibu bapa mentua, mereka bergilir-gilir menjaga Yi Yuiin.

“Dia perlukan perhatian sepanjang masa dan kami tidak boleh leka walaupun untuk sesaat,” katanya.

Mengimbau kembali detik ketika anaknya didapati positif H1N1, Lai Khin berkata pada mulanya dia menyangka ia hanyalah demam biasa.

“Saya masih ingat dia memberitahu saya yang dia tidak dapat merasakan tangan dan kakinya dan apabila kami membawanya ke hospital, doktor membuat imbasan CT dan dia ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Itulah kali akhir saya mendengar suaranya,” katanya sayu.
koma 3 tahun
Yi Yuiin ditempatkan di ICU Hospital Pulau Pinang lebih tujuh bulan dan selepas dia boleh bernafas sendiri tanpa menggunakan mesin, dia dibenarkan keluar.

Walaupun Yi Yuiin terlantar di katil dan hanya boleh menelan makanan cecair, dia membesar sebagai manusia normal.

“Pada 2012, beratnya ialah 20 kilogram dan kini 34 kilogram. Saya harap dapat melihatnya membesar sebagai wanita muda yang cantik,” katanya.

Kos sara hidup meningkat sehingga lebih RM3,000 sebulan dan lebih daripada RM100,000 telah dibelanjakan dalam tempoh tiga tahun ini.

Sekolah Yi Yuiin, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Hun Bin telah mengumpul derma kira-kira RM90,000 untuk membantu manakala Lions Club George Town, sebuah badan amal telah mengumpul kira-kira RM75,000 untuk Yi Yuiin sejak 2013.

Pengerusi Lions Club George Town Lawrence Cheah Seong Paik bersama beberapa anggota kelab yang lain menyampaikan cek RM24,000 kepada Lai Khin di sini hari ini.

“Setakat ini, kami telah menyumbangkan sejumlah RM42,000 untuk membantu Yi Yuiin dan keluarganya. Mereka yang ingin membantu boleh berbuat demikian dengan menderma kepada Lions Club di bawah Project Fund yang diwujudkan khusus untuk membantu Yi Yuiin dan keluarganya,” katanya. – Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s