BN Menang Besar Di Sungai Besar, Kuala Kangsar

Barisan Nasional (BN) mengekalkan kedua-dua kerusi pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar dengan majoriti lebih tinggi.

Berdasarkan keputusan di Sungar Besar, BN memperoleh 16,800 undi, PAS (6,902 undi) dan Amanah (7,609 undi).

BN memperoleh majoriti 9,191 undi.
budi1
Budiman diraikan di atas kemenangan pada PRK Sungai Besar.

Pada pilihan raya umum 2013, BN memenangi kerusi itu dengan majoriti tipis 399 undi.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, BN turut mengekalkan kerusi di Kuala Kangsar dengan 12,653 undi, dengan PAS memperoleh 5,684 undi, Amanah (4,883) dan Bebas (54).

BN memperoleh majoriti 6,969 undi.
budi2
Datin Mastura Mohd Yazid bersama keempat-empat anaknya, dari kiri: Wan Muhammad Amar, Wan Imar Izzat, Wan Emir Astar dan Wan Iskandar selepas memenangi PRK Kuala Kangsar. Foto Bernama

PRK Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi (BN); Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman (PAS) dan Azhar Abdul Shukur dari Parti Amanah Negara (Amanah).

PRK Kuala Kangsar pula empat penjuru antara Datin Mastura Mohd Yazid (BN), Dr Najihatussalehah Ahmad (PAS), Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (Amanah) dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.- Mstar Online

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s