Jari Telunjuk Kiri Tersepit Spanar

tersepit spanar
ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun berdepan detik cemas dan menahan sakit beberapa jam selepas spanar tersepit di jari telunjuk kirinya ketika sedang membaiki basikalnya di Taman Nilam Baiduri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi-Tech, Penolong Penguasa Bomba Mohd Azizi Abdullah berkata ibu bapa kanak-kanak itu membawanya ke balai bomba tersebut kira-kira pukul 10 pagi Sabtu selepas mereka gagal menarik keluar spanar berkenaan.

“Mereka menggunakan minyak zaitun dan mencuba pelbagai cara tetapi masih gagal menarik keluar spanar itu. Mereka akhirnya datang ke sini apabila jari kanak-kanak itu mula membengkak dan kemerahan.

“Dua pegawai saya menggunakan alat pemotong dan berjaya menanggalkan spanar tersebut dalam masa tiga minit,” katanya.

Mohd Azizi berkata kanak-kanak lelaki itu tersenyum sejurus spanar itu berjaya dikeluarkan.

“Ibu bapa mangsa mengambil langkah tepat dengan membawa mangsa ke balai bomba kerana kes sebegini tidak diuruskan di hospital,” katanya.

Difahamkan kanak-kanak lelaki itu sedang membaiki basikal apabila secara tidak sengaja termasuk jari terlunjuknya pada spanar tersebut.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6 pagi selepas kanak-kanak itu bersahur bersama ahli keluarganya.-Mstar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s