Gempar Cebisan Al-Quran di Jalan Raya di Labis, Johor

quran
LABIS – Pengguna jalan raya yang melalui jalan Yong Peng-Segamat berhampiran sebuah bank di sini, tengah hari tadi, gembar apabila mendapati cebisan kertas yang bertaburan di atas jalan raya merupakan cebisan ayat suci al-Quran.

Seorang pekerja pembesihan bank tersebut, Wahir Md Elah, 55, berkata, dia menyedari kejadian tersebut kira -kira pukul 12 tengah hari ketika sampai semula ke tempat kerjanya selepas menghadiri hari terbuka di sekolah anaknya.

“Ketika sampai semula di hadapan tempat kerja, saya dapati banyak cebisan kertas bertaburan di jalan raya dan apabila diperiksa saya dapati ianya cebisan al- Quran yang telah dikoyak kecil.

“Saya terus mengambil beg plastik dan mengutip cebisan ayat suci berkenaan sebelum dibantu oleh orang ramai yang lalu lalang di kawasan tersebut sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dia berasa terkilan di atas kejadian tersebut kerana berlaku di bulan Ramadan dan berharap pihak berwajib segera menyiasat dan mengambil tindakan terhadap si pelaku.

Sementara itu, seorang kakitangan bank yang engaan dikenali berkata, kejadian petama berlaku kira-kira jam 12 tengah hari di mana ketika itu hanya tafsiran al-Quran sahaja bertaburan di atas jalan raya.

“Kira-kira jam 1 petang pula, saya dimaklumkan oleh salah seorang pelanggan terdapat sebuah kereta yang membuang cebisan kertas dan apabila diperiksa ianya adalah cebisan al-Quran.

“Saya enggan membuat sebarang andaian berhubung kejadian tersebut, namun ini merupakan kejadian pertama berlaku di sini dan meminta agar siasatan terperinci dilakukan oleh pihak berwajib,” katanya.

Sementara itu, Adun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim yang melawat kawasan kejadian meminta umat Islam di sini agar bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi berhibung kejadian tersebut.

“Kejadian ini memang melukakan hati umat Islam, namun ianya perlu ditangani dengan bijak dan tidak perlu menuding jari kepada pihak tertentu kerana ianya boleh mencetuskan keadan tidak tenteram.

“Kita serahkan perkara ini kepada pihak berwajib untuk membut siasatan termasuk memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi memastikan kejadian ini disengajakan atau sebaliknya,” katanya.- Sinar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s