PM Britain Letak Jawatan

PERDANA Menteri Britain, David Cameron mengumumkan perletakan jawatannya pada Jumaat selepas keputusan undian Rakyat Britain untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) dalam satu referendum bersejarah.

Jawatan Cameron akan diambil alih oleh pemimpin baharu pada Oktober depan.

Berdasarkan kiraan di 302 daripada 382 kawasan di seluruh Britain, 52 peratus undian memihak kepada kem ‘keluar’ berbanding 48 peratus undian yang memilih untuk ‘kekal’.

Kabinet Britain akan mengadakan pertemuan pada Isnin ini dan satu rangka waktu akan dilakukan.

CAMERON

Cameron semasa menyampaikan ucapan penuh emosi di No. 10 Downing Street di London berkata:

“Rakyat Britain telah mengundi untuk meninggalkan EU dan kehendak mereka perlu dihormati. Kemahuan rakyat Britain merupakan satu arahan yang perlu disampaikan. Tidak ada keraguan mengenai keputusan itu.

“Seluruh rakyat dunia menyaksikan undian yang dibuat oleh rakyat Britain. Ia memerlukan kepimpinan yang kuat, tekad dan komited.

“Saya amat berbangga menjadi Perdana Menteri negara ini selama enam tahun.

“Rakyat Britain telah membuat keputusan yang jelas untuk keluar (dari EU). Saya fikir negara ini memerlukan kepimpinan yang baharu. Saya tidak fikir saya boleh menjadi kapten untuk membawa negara ini ke destinasi seterusnya.

“Pada pandangan saya, saya fikir kita perlu mempunyai perdana menteri baharu bermulanya sidang Parti Konservatif pada Oktober ini.”

Referendum UK adalah pungutan suara yang dicadangkan Cameron selepas pilihan raya pada 2015 bagi mengutip undi rakyat United Kingdom (UK) untuk menentukan sama ada UK kekal atau keluar dari EU.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s