Mengapa Nak Sengaja Provokasi Makan Di Khalayak Ramai

Tindakan seorang wanita yang sengaja makan di khalayak ramai bagi mencabar peraturan siang hari Ramadan adalah sesuatu yang tidak beretika dan tidak mendatangkan faedah, kata Islamic Renaissance Front.
Dr-Ahmad-Farouk-Musa1

Pengerusinya Datuk Dr Ahmad Farouk Musa berkata walaupun pihaknya menentang sebarang langkah menghukum umat Islam kerana gagal menjalani kewajipan agama, tidak ada keperluan bagi seseorang itu menimbulkan provokasi.

“Kalau anda boleh makan (ketika berpuasa), apa salahnya makan dalam bilik?

“Kenapa perlu dilakukan di khalayak ramai?” tanya Dr Farouk yang kerap mengkritik pihak berkuasa agama tempatan.

Beliau ditanya mengenai pengguna Twitter, Mrym Lee, seorang wanita Islam bertudung, yang menjalankan eksperimen sosial dengan minum di tempat terbuka pada waktu beliau tidak boleh berpuasa.

Katanya, dia dimarahi orang di sekitar yang menyifatkan tindakan tersebut tidak menghormati bulan puasa.

Farouk berkata walaupun amalan memaksa kewajipan agama adalah salah, tindakan Mrym Lee itu sesuatu yang tidak perlu dan hanya menyusahkan.-FMT

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s