DAP KAFIR: Mufti Pahang Tidak Akan Tarik Balik

KUANTAN: Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman hari ini menegaskan tidak akan menarik balik kenyataannya atau meminta maaf kepada DAP berhubung kenyataannya sebelum ini, yang didakwa melabelkan parti itu tergolong dalam kalangan kafir harbi.
Mufti-Pahang
Beliau menjelaskan kenyataannya sebelum ini tidak merujuk kepada DAP tetapi kepada sesiapa saja yang menentang Islam boleh diistilahkan sebagai pemikiran kafir harbi iaitu cuba hendak memerangi umat Islam dan agama Islam.

“Saya tidak akan meminta maaf dan menarik balik apa yang saya katakan ini. Apa yang saya cakap itu bukan khusus kepada DAP saja, kepada semua yang menentang Islam.

“Asas yang saya bagi tahu kepada akhbar itu (Utusan Online) dalam bentuk semua, namun kalau mereka kata (tulis) DAP pun tidak salah, sesiapa pun yang menentang Islam jika mereka tulis tidak salah,” katanya di sini, semalam.

Semalam Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyifatkan kenyataan Mufti Pahang itu keterlaluan dan tidak boleh diterima kerana DAP tidak pernah menentang Islam.

Sehubungan itu, beliau mahu Abdul Rahman menarik balik kenyataan berkenaan dan memohon maaf.HMetro

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s