Pengusaha Melayu Rugi RM500,000, Ayam Mati Elektrik Terputus

Seorang pengusaha ladang ternakan ayam di Chenderung Balai Teluk Intan, Perak kerugian lebih RM500,000 apabila 37,000 ayam ternakannya mati kepanasan pada malam kelmarian akibat kawasan ladang itu terputus bekalan elektrik selama beberapa jam.

TELUK INTAN 27 JUNE 2016. ( HM IPM496V / BH IPB233V ) Shamsuddin menunjukkan ayam yang di ternak di kandangnya yang mati akibat lemas gara-gara bekalan eletrik terputus kelmarin.STR/RAVALE SAVARINATHAN

TELUK INTAN 27 JUNE 2016. ( HM IPM496V / BH IPB233V ) Shamsuddin menunjukkan ayam yang di ternak di kandangnya yang mati akibat lemas gara-gara bekalan eletrik terputus kelmarin.STR/RAVALE SAVARINATHAN


Semua ayam daging yang menunggu masa untuk dipasarkan pada Aildiftiri ini gagal diselamatkan biarpun pengusahan itu cuba menghidupkan penghawa dingin di reban itu menggunakan generator kecil.

Menurut Pengurus Nur Rich Agro, Shamsuddin Ibrahim, 42, pihaknya terpaksa berputih mata melihat semua 37,000 ayam ternakan itu mati lemas selepas bekalan elektrik terputus sejak jam 10.40 pagi, kelmarin.

Tambahnya lagi, ladang ternakan itu memerlukan penghawa dingin yang berterusan untuk perlindungan ayam ternakan, namun kelmarin bekalan tiba-tiba terputus dan pihaknya tidak mendapat sebarang notis pemberitahuan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Sebaik saja bekalan terputus, saya menghidupkan generator kecil yang dikhaskan untuk menghidupkan penghawa dingin buat sementara waktu sehingga bekalan disambung, namun sehingga petang bekalan masih tidak disambung dan tenaga daripada generator itu memang tidak mampu menampung keseluruhan reban ayam yang ada.

“Bermula jam 3 petang semalam (Ahad), saya mula dapati beberapa ekor ayam sudah lemah kerana kepanasan dan saya cuba menghubungi pihak TNB, tetapi amat mengecewakan apabila diberitahu bekalan elektrik di kawasan ini akan terganggu dari pagi hingga jam 7 malam,” katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Tambah beliau lagi, menjelang malam, semua ayam-ayam itu sudah mati. Pihaknya juga terkejut dengan gangguan itu kerana kebiasaannya notis diberikan dahulu jika terdapat gangguan bekalan elektrik bagi tempoh masa yang lama. Namun bagi kejadian terbaru ini, tiada sebarang notis diberikan.

“Kejadian ini tidak sepatutnya berlaku kerana pihak TNB seharusnya memaklumkan mengenai gangguan ini terlebih dulu bagi memudahkan kami menyewa generator yang sesuai sama ada daripada pihak persendirian atau TNB sendiri.

“Susulan tiada notis pemberitahuan, kami alami kerugian yang besar kerana kematian semua ayam ternakan serta tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan pada musim perayaan ini,” katanya.

Katanya, sehubungan itu, satu laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Labu Kubong, di sini, untuk tindakan selanjutnya. Harian Metro/siakapkeli

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s