Bayi Kembar 3 Bulan Terperangkap Dalam Kereta

keta kunci
SUNGAI BESAR – Sepasang kembar berusia tiga bulan dan abang mereka berusia lapan tahun terkunci dalam sebuah Perodua Alza selama 30 minit di parkir kereta sebuah pasar raya di Sungai Besar, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.40 malam itu, ketiga-tiga beradik itu diletakkan dalam kenderaan itu sementara ibu bapa mereka pergi membeli barang di pasar raya berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besar, Mohd Alhafiz Asmuni berkata, anak mangsa berusia lapan tahun itu dipercayai tertekan butang kunci dalam kereta itu sebelum tertidur hingga menyebabkan kereta gagal dibuka.

“Difahamkan, abang kepada kembar itu tidur di tempat duduk pemandu depan, manakala dua bayi berkenaan di tempat duduk penumpang belakang tanpa menggunakan tempat duduk bayi,” katanya.

Mohd Alhafiz memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10 malam dan tiba lima minit ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba, bomba cuba menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu kereta terbabit, namun belum sempat pintu kereta itu dibuka, seorang mekanik berjaya membuka pintu kereta berkenaan,” katanya.

Menurutnya, mekanik itu menggunakan bahagian bawah kereta bagi membuka kereta itu dengan mengambil masa kira-kira empat minit selepas pasukannya itu tiba di lokasi kejadian.

Sementara itu, sumber Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Sabak Bernam berkata, sebaik menerima laporan itu, seramai tiga anggota bergegas menyelamat mangsa yang terperangkap.

Menurut sumber, sebaik pintu kereta itu dibuka, JPAM membawa bayi kembar itu menerima rawatan susulan di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk pemeriksaan lanjut. -Sinar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s