Bapa budak ‘dilanggar’ kapal terbang kawalan jauh mahu saman

ALOR SETAR: Bapa kepada kanak-kanak yang retak pada tulang dahi kanan akibat terkena kapal terbang kawalan jauh kecewa dengan sikap ‘lepas tangan’ individu yang menyebabkan anaknya itu terlantar di hospital sejak Jumaat lalu.
budak

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa, Muhamad Ammar Izzuddin Muhamad Zambri, 5, bersama dua sepupunya dari Kampung Cerok, Baling menaiki motosikal untuk menuju ke pasar malam berhampiran Kampung Lalang, Baling.

Difahamkan ketika melalui padang awam di Kampung Lalang tersebut, secara tiba-tiba sebuah kapal terbang kawalan jauh dipercayai hilang kawalan lalu ‘melanggar’ Muhamad Ammar Izzuddin hingga menyebabkan dahi, pipi dan telinga kanan kanak-kanak itu mengalami kecederaan.

Menurut Muhamad Zambri Zakaria, 31, kecuaian pemilik alat permainan kawalan jauh itu yang merupakan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an menyebabkan Muhamad Ammar Izzuddin terpaksa menjalani pembedahan selama enam jam di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini semalam.

“Sejurus selepas kejadian itu, anak sulung saya dibawa ke Hospital Baling oleh ibu saudaranya sebelum dipindahkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani kerana mengalami pendarahan serius pada bahagian kepala dan perlu melakukan imbasan berkomputer.

“Bagaimanapun, anak saya sekali lagi perlu dipindahkan Hospital Sultanah Bahiyah, Sabtu itu kerana perlu menjalani pembedahan segera bagi membetulkan semula kedudukan tulang dahinya yang sudah termasuk ke dalam.

“Dalam keadaan kelam-kabut menguruskan anak saya, hanya sekali lelaki itu (pemilik permainan kawalan jauh) berjumpa saya di Hospital Baling dan selepas itu, dia terus menghilangkan diri begitu sahaja tanpa meminta maaf mahupun bertanya khabar anak saya,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Kata Muhamad Zambri, pihaknya sudah membuat laporan polis mengenai kejadian itu dan tidak teragak-agak untuk membawa kes berkenaan ke muka pengadilan sekiranya lelaki tersebut masih menghilangkan diri begitu sahaja.

“Menurut rakan saya, lelaki itu terus pulang ke Kuala Lumpur selepas kejadian itu. Jadi saya, tidak teragak-agak untuk membawa kes ini ke mahkamah kerana kejadian itu menyebabkan anak lelaki saya menjadi trauma terutamanya apabila mendengar bunyi kuat.

“Sekarang ini, apabila mendengar bunyi mesin oksigen di katil ini pun dia rasa takut jadi saya risau trauma yang dialaminya akan berkekalan kerana dia masih kecil. Kita tidak tahu kesan jangka panjang tambahan pula kami belum menerima laporan imbasan,” ujar bapa kepada dua anak itu. – utusan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s