MELAKA: Bakar Kereta, Rumah Sendiri Dipenjara 5 Tahun

MELAKA TENGAH – “Saya bakar rumah dan kereta saya sebab tension,” kata seorang kontraktor sebelum Mahkamah Seksyen Ayer Keroh di sini, semalam memerintahkan dia dipenjara lima tahun selepas mengaku bersalah atas pertuduhan disabit ke atasnya.

Hukuman itu diputuskan Hakim Ahmad Sazali Omar terhadap tertuduh, Mohd Azlie Mustaza, 29 yang berhadapan pertuduhan membakar kereta dan rumah miliknya sendiri.
bakar rumah
Mohd Azlie sebelum itu turut berkata tindakan dilakukan kerana tertekan dengan masalah rumah tangga dihadapinya termasuk tidak dapat berjumpa anaknya hampir setahun.

Dia didapati melakukan kesalahan membakar kereta dan rumahnya di tepi jalan berhampiran stesen minyak BHP Petrol Balai Panjang kira-kira jam 9.10 malam dan Jalan Malim, Balai Panjang 10 minit kemudian pada 3 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mohd Azlie yang tidak diwakili peguam bela ketika rayuan memohon mahkamah meringankan hukumannya berikutan kejadian kebakaran melibatkan harta benda miliknya sendiri bukannya orang lain.

“Saya tension dengan hal kerja lagi lepas tu dapat tahu kereta saya beli tu kereta curi rupanya. Tension lah saya! Lagipun semua tu kepunyaan saya tak melibatkan harta benda orang lain,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Ifa Sirrhu Samsudin meminta mahkamah memberikan hukuman berbentuk pengajaran supaya tertuduh tidak mengulangi kesalahan akibat tindakan mengikut perasaan yang boleh mengancam harta benda pihak lain dan nyawa.

Ahmad Sazali kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun dari tarikh ditangkap pada 3 Julai lalu serta turut menasihatkan tertuduh tidak terlalu mengikut perasaan dan menyelesaikan masalah rumah tangga melalui prosedur yang betul.

“Tak dinafikan ia memang harta kamu tapi banyak implikasi besar boleh berlaku atas tindakan kamu. Ikut sangat rasa, binasalah. Jangan menganggap salah jika bakar harta orang lain dan tak salah bakar harta sendiri.

“Dalam undang-undang, jika bakar sahaja bangunan sehingga boleh menyebabkan kemusnahan satu-satu tempat tak kira kediaman, pejabat atau rumah ibadah…semuanya adalah salah,” katanya.- Sinar Harian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s