Selepas 45 Tahun Jadi Ahli Parlimen Gua Musang, Ku Li Akan Bersara

GUA MUSANG: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tetap dengan keputusannya sebelum ini untuk bersara dan tidak mahu lagi bertanding untuk mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang.
kuli

Beliau mengakui, sudah terlalu lama menjadi wakil rakyat di parlimen Gua Musang iaitu selama 45 tahun dan hampir 60 tahun menerajui UMNO Bahagian.

Katanya, hasrat itu juga sudah beberapa kali dinyatakan, tetapi dalam mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, majoritinya tidak bersetuju dengan keputusannya.

“Saya sudah maklum kepada Datuk Seri Najib, saya kata kalau boleh saya hendak berundur. Sebenarnya pada pilihan raya lepas saya sudah bercadang hendak berundur tetapi nampaknya mereka minta saya juga mewakili kawasan ini sebab mereka takut hilang kawasan ini.

“Ia tidak bergantung kepada saya. Kawasan ini selamat selagi ada perpaduan, ada kerjasama, saya rasa tidak menjadi masalah,” kata Tengku Razaleigh pada majlis mesra Aidilfitri peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Kuala Lah, di sini hari ini.

Tengku Razaleigh turut menegaskan bukan beliau seorang sahaja yang layak memegang jawatan sebagai ahli parlimen di kawasan itu, tetapi masih lagi terdapat pemimpin lain.

Beliau sebelum ini pernah menyatakan hasrat persaraannya kepada penduduk di kawasan parlimen Gua Musang sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) lalu berikutan usianya yang sudah lanjut.- Astroawani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s