Pindaan Akta 355: Akhirnya Orang Bukan Islam Akan Memilih Syariah Islam

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjangka selepas Akta 355 dipinda dan dilaksanakan, orang bukan Islam akan mula memilih syariah Islam kerana melihat undang-undang itu dijalankan secara adil.
hadi2
Katanya, situasi itu sangat digeruni oleh mereka yang membantah rang undang-undang (RUU) ahli persendirian untuk meminda bidang kuasa Akta 355.

“Apabila bidang kuasa mahkamah syariah dilaksanakan, orang bukan Islam akan ada pilihan.

“Bila melihat undang-undang Islam lebih baik, secara automatik pada akhirnya orang bukan Islam akan memilih syariah Islam, ini yang ditakuti oleh puak-puak ini (menentang RUU 355),” katanya.
hadi1
Hadi berkata demikian dalam ucapannya ketika majlis himpunan NGO-NGO Islam sempena Aidilfitri di Pusat Islam malam tadi.

Jelasnya sudah menjadi tanggungjawab setiap orang Islam di negara ini untuk menyokong RUU itu dalam usaha memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah setanding mahkamah sivil.

“Tanggungjawab yang sangat penting pada hari ini adalah untuk meminda (Akta) 355 (mengenai) bidang kuasa mahkamah syariah.

“Kalau dia (orang Islam) tak nak naikkan taraf mahkamah dia, apa guna dia jadi orang Islam,” tegasnya.

Hadi turut membidas sebilangan orang Islam yang menolak undang-undang persendirian yang dibawanya sebagai ‘sangat pelik’.

“Mahkamah syariah hanya berkait dengan orang Islam sahaja, tak ada kena mengena dengan orang bukan Islam.

“Kenapa orang bukan Islam menentang, ini saya rasa pelik. Mengapa ada (orang) Islam menyokong bukan Islam, lagi pelik,” katanya.

Majlis malam tadi dihadiri seramai 400 orang dari pelbagai NGO Islam seperti Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Persatuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). – Malaysiakini

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s