Polis Marin Rampas 19,000 Telur Penyu di Sandakan

SANDAKAN – Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 19,000 telur penyu cuba diseludup masuk ke daerah ini dan menahan 12 Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) dalam empat bot pam, semalam.

telur penyu
Komander PPM Wilayah Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Madun berkata, telur penyu itu dianggarkan berharga RM30,400 adalah rampasan pertama pada tahun ini dan rampasan terbesar setakat ini.

Menurutnya, pada jam 1.30 pagi, bot ronda PPM mengesan pergerakan empat bot pam yang mencurigakan memasuki perairan Sungai Batu 2 dekat sini.

“Bot ronda PPM melakukan serbuan ke atas bot-bot tersebut dan kemudian bertindak mengejar bot berkenaan selama lebih kurang 15 minit sebelum keempat-empat bot pam tersebut berjaya dipintas dan ditahan.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot pam tersebut mendapati muatannya adalah telur penyu yang diisi di dalam karung guni,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata turut ditahan 12 warganegara Filipina termasuk empat juragan bot, dan mereka berusia antara 17 dan 63 tahun kerana tiada dokumen pengenalan diri.

Dalam kes berasingan, Mohamad berkata dua lelaki warganegara Filipina ditahan selepas merampas daripada mereka bahan bom ikan di perairan Pulau Nunuyan dekat sini pada jam 8.20 malam, semalam.

Katanya, dua lelaki ditahan itu berusia 21 dan 63 tahun, manakala bahan yang dirampas adalah tiga botol baja ammonia, enam unit detonator dan tiga unit sumbu pencucuh.

Beliau berkata, kedua-dua mereka ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Bahan Letupan 1957. – Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s