Muslimat PAS Bantah Kehadiran Selina Gomes yang Berimej Seksi dan Liar

Muslimat PAS menegaskan pihaknya tidak menolak seni dan hiburan tetapi biarlah yang berbentuk membina dan bukan meruntuhkan akhlak anak bangsa.

selena gomez1
Pengerusi Lajnah Kesenian dan Kebudayaan Muslimat PAS, Fauziah Bidin berkata pihaknya terkejut dengan penganjuran konsert artis barat berimej ‘seksi dan liar’, Selena Gomez.

“Sedang seluruh umat Islam merayakan bulan kemenangan Syawal yang mulia, kita diusik lagi ada pihak yang mahu mencemar kemeriahan Syawal.

“Sejak 1957, kita semua tidak mahu sebarang bentuk idealogi atau minda penjajah masuk ke negara ini sama ada melalui hiburan mahupun budaya,” katanya dalam kenyataan.

Turut menyatakan bantahan terhadap penganjuran konsert ‘Selena Gomez The Revival Tour’ itu ialah Pemuda PAS yang mengharapkan campur tangan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi sama-sama menyatakan bantahan rasmi.

Bagaimanapun, Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon mempersoalkan tindakan Pemuda PAS membantah segala acara berbentuk hiburan yang sepatutnya boleh dinikmati oleh masyarakat bukan Islam.

Menurut Chong, tindakan membantah acara sedemikian demi menjaga akidah generasi muda sekaligus dianggap tidak wajar malah dianggap bersikap berat sebelah kepada masyarakat bukan Islam.

Mengulas lanjut, Fauziah berkata teknologi yang kian maju telah meluaskan kemasukan budaya luar khususnya seni hiburan di Malaysia.
“Minat masyarakat terhadap seni memudahkan kemasukan seni hiburan dari luar yang mula menapak dan melingkari pemikiran hingga mencetus fenomena dan ledakan.

“Kemasukan budaya anasir barat tanpa kawalan dari kerajaan akan memberi impak yang besar kepada masyarakat sehingga agenda untuk menjatuhkan maruah anak bangsa tercapai akibat kecenderungan kepada maksiat, pergaulan bebas, alkohol, dadah dan pil khayal,” katanya.

Kerajaan pula sudah pastinya mengaut keuntungan hasil kemasukan artis antarabangsa dan oleh itu, adalah tidak mustahil konsert ini diluluskan dengan mudah, ujarnya lagi. – Malaysiakini

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s