S/U Agung FAM Jawab TMJ

KUALA LUMPUR 18 Julai – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyifatkan persaraan awal empat tonggak skuad kebangsaan, Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abdul Radzak, S. Kunanlan dan Amirul Hadi Zainal sebagai mengejutkan dan luar biasa.

Selepas hampir seminggu men­diamkan diri, Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin akhirnya membuka mulut mengenai isu yang menjadi bualan rakyat Malaysia itu iaitu pada hari pertama kembali bertugas selepas bercuti panjang sempena Hari Raya Aidilfitri.

Malah, Hamidin dalam sidang akhbar hari ini bukan sahaja menyentuh mengenai persaraan empat tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang disifatkan sebagai mengecewakan, malah menjawab semua pertuduhan yang dilemparkan oleh pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, daripada isu latihan skuad kebangsaan, rasuah, tidak menjaga kebajikan pemain dan Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLPP).

Hamidin juga menegaskan, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) boleh dipertimbangkan untuk menjadi pengurus skuad kebangsaan, namun keputusan hanya boleh dibuat oleh Exco badan induk bola sepak negara.
hamidin fam
Berikut adalah jawapan Hamidin kepada pertuduhan Tunku Ismail, selain kenyataan mengenai persaraan empat pemain kebangsaan.
tmj
1. PERSARAAN EMPAT PEMAIN DARIPADA SKUAD KEBANGSAAN

* FAM terkejut dan kecewa dengan keputusan empat tonggak skuad kebangsaan memandangkan pengumuman persaraan dibuat secara serentak dalam tempoh selang tiga hari (Selasa dan Khamis lalu). Pada masa sama, mereka masih di kemuncak prestasi dan masih aktif bersama kelab dalam saingan liga domestik.
* Ia juga perkara yang luar biasa kerana kelazimannya seseorang pemain hanya membuat keputusan untuk bersara daripada pentas antarabangsa selepas tamat kejohanan utama atau selepas mengalami kecederaan serius yang menghalang mereka terus beraksi di peringkat tertinggi.
* FAM dalam masa terdekat akan menghantar surat rasmi kepada keempat-empat pemain menerusi kelab mereka untuk meminta mereka secara peribadi menulis surat persaraan daripada skuad kebangsaan dan menyatakan sebab utama yang mendorong mereka untuk berbuat demikian.
* Bagaimanapun, pintu masih terbuka buat pemain ini untuk kembali dalam kebangsaan jika mereka mengubah fikiran.

2. RAMAI PEMAIN CEDERA 
KERANA SISTEM LATIHAN SKUAD 
KEBANGSAAN

* Kenyataan bahawa latihan skuad kebangsaan yang tidak berintensiti tinggi menjadi punca kecederaan pemain selepas pulang daripada kem latihan pusat tidak benar.
* Sepanjang Jelajah Oceania di Australia, Papua New Guinea (PNG), New Caledonia dan Fiji dari 11-29 (selama 19 hari termasuk tempoh perjalanan pergi dan pulang) hanya empat pemain cedera dalam perlawanan iaitu Shahrom Abdul Kalam (Selangor), Mahalli Jasuli (JDT) dan Abdul Latiff Suhaimi (PDRM) pada aksi menentang PNG pada 17 Jun. Zaquan Adha Abdul Radzak (JDT II) cedera ketika bertemu New Caledonia (22 Jun).
* Ini membuktikan kenyataan bahawa lima pemain JDT pulang daripada kem latihan kebangsaan bersama kecederaan adalah tidak benar.
* Kenyataan bahawa skuad kebangsaan hanya mengadakan empat sesi latihan antara 19 hingga 29 Jun juga tidak tepat kerana jumlah sesi latihan yang diadakan adalah tujuh kali. Dalam itu tempoh itu juga berlangsung dua perlawanan iaitu bertemu New Caledonia (22 Jun) dan Fiji (26 Jun). Tiga hari lain adalah untuk perjalanan penerbangan dari Brisbane, Australia ke New Caledonia, dari New Caledonia ke Fiji dan dari Fiji ke Kuala Lumpur.
* Kenyataan bahawa skuad kebangsaan hanya menjalani latihan selama 11 hingga 12 hari sahaja untuk tempoh 30 hari latihan skuad kebangsaan juga tidak tepat.
* Bermula dari kem latihan pusat pada 22 Mei yang disertai 14 pemain (disusuli baki 11 pemain JDT pada 26 Mei) sesi latihan yang telah diadakan adalah 10 hari membabitkan 18 sesi. Tiga hari untuk perlawanan dan dua hari untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Yangon dan dari Yangon ke Johor Bahru.
* Selepas itu, pemain diberi rehat empat hari sebelum melapor diri untuk Jelajah Oceania pada lewat petang 11 Jun 2016.
* Fakta-fakta ini menolak sama sekali kenyataan bahawa latihan skuad kebangsaan adalah tidak mengikut momentum dan tidak pada intensiti tinggi serta jumlah sesi latihan yang tidak mencukupi sehingga mengakibatkan pemain mengalami kecederaan.

3. JELAJAH 
OCEANIA 
PELUANG PEMAIN BENTUK 
KESERASIAN 
PASUKAN DI DALAM & LUAR PADANG
* Kenyataan bahawa pemain sudah letih dengan panggilan skuad kebangsaan dan menghabiskan masa berbulan-bulan untuk kem latihan pusat yang tidak memberi manfaat juga adalah sesuatu yang tidak benar.
* Untuk mengendalikan skuad kebangsaan adalah berbeza dengan mengendalikan pasukan kelab. Ini kerana, di kelab seseorang jurulatih itu dapat bersama pemain dari awal sehingga ke penghujung musim. Namun untuk mana-mana pasukan kebangsaan, bukan saja Malaysia, jurulatihnya hanya dapat mengumpul pemain pada tarikh kalendar FIFA dan juga ketika saingan liga domestik berhenti rehat.

4. FAM SENTIASA MENJAGA 
KEBAJIKAN 
PEMAIN 
KEBANGSAAN
* Kenyataan bahawa FAM tidak menjaga kebajikan pemain yang dipanggil ke kem latihan pusat skuad kebangsaan tidak benar kerana semua keperluan disediakan lengkap, termasuk tempat tinggal di hotel, pakaian, makanan dan pengangkutan ke tempat latihan.
* Setiap pemain yang dipanggil turut diberi elaun harian dan bonus perlawanan yang bersesuaian dan berpatutan. Jika terdapat pemain yang mengalami kecederaan terdapat doktor pasukan dan juga fisioterapi untuk mengambil tindakan segera, malah jika perlu dihantar ke hospital, ia akan dilakukan dengan kadar segera.

5. RAMAI AHLI 
PERNIAGAAN DALAM FAM dan BUDAYA RASUAH
* Tidak dapat dinafikan terdapat ramai ahli perniagaan berada dalam organisasi kami memandangkan mereka ini dipilih oleh ahli gabungan FAM (menerusi pemilihan). Perkara ini turut berlaku dalam mana-mana persatuan sukan kebangsaan yang lain.
* Selain ahli perniagaan, terdapat juga ahli politik dan pegawai kerajaan serta swasta yang menganggotai organisasi FAM dan mereka ini terdiri daripada semua lapisan rakyat Malaysia.
* Di FAM, kami tidak membenarkan rasuah kerana Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) turut bertegas dalam menangani hal ini. FAM juga sudah menubuhkan Jawatankuasa Integriti untuk memantau bukan saja pasukan bola sepak, malah keseluruhan pentadbiran serta barisan kepimpinan.

6. PENGURUSAN 
KEWANGAN FAM
* Pengurusan Kewangan FAM bukan terletak semata-mata di tangan Bendahari FAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria tetapi segala keputusan mengenai perbelanjaan dan pemilihan penaja perlu melalui Jawatankuasa Kewangan yang dipengerusikan Presiden FAM dan dianggotai beberapa Jawatankuasa Eksekutif FAM serta individu profesional.

7. FMLLP
* Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam bertanggungjawab sepenuhnya kepada Lembaga Pengarah FMLLP.

8. DATUK ONG KIM SWEE AKAN 
HANTAR 
LAPORAN 
KEPADA MENTERI
* Seperti yang dinyatakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin pada Sabtu lalu, FAM akan menghantar surat dan laporan penjelasan mengenai program latihan serta prestasi skuad kebangsaan. Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee juga akan berjumpa sendiri dengan beliau dalam masa terdekat.

Sumber: Utusan Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s