Pemimpin Muda PKR Desak Guan Eng Letak Jawatan

PETALING JAYA: Lim Guan Eng yang diheret ke mahkamah atas tuduhan rasuah terus didesak untuk meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang bagi tidak mengganggu proses siasatan terhadapnya.

guan eng rumah
Kali ini gesaan itu muncul daripada aktivis belia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana menurutnya keengganan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP untuk berbuat demikian dilihat akan mengganggu tugas pihak berkuasa.

“Walaupun penting untuk tidak menghakimi Lim dan membenarkan proses undang-undang dilaksanakan, kami tetap dengan pendirian bahawa beliau seharusnya memimpin melalui teladan dan meletak jawatan sebagai ketua menteri buat sementara waktu sehingga namanya dibersihkan.

“Jika tidak, beliau berada dalam kedudukannya yang mampu menyekat proses siasatan ke atasnya dan penjawat awam dalam kerajaan Pulau Pinang,” katanya yang juga Presiden dan jurucakap Challenger.

Malah menurut Syed Saddiq yang juga Pendebat Terbaik Asia, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua juga perlu berpegang dengan pendiriannya sebelum ini apabila mengatakan bahawa Guan Eng hanya perlu berundur apabila didakwa di mahkamah.
syedsaddiqnew
Selain itu, Syed Saddiq yang terlibat dalam gerakan Deklarasi Rakyat yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyelar tindakan DAP menangguhkan pemilihan parti itu tahun ini.

Katanya, walaupun langkah berkenaan selari dengan perlembangaan DAP namun ia dianggap sebagai sesuatu yang “mengejutkan” kepada amalan demokrasi.

“Kami melihat keputusan DAP sebagai satu percubaan untuk melenturkan semangat demokrasi untuk melindungi kerjaya politik Guan Eng,” katanya.

Pemimpin berusia 56 tahun itu dituduh menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri untuk kepentingan peribadi dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan urusan menukar status sebidang tanah daripada tanah pertanian kepada tanah kediaman dan memindah miliknya kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Bagi tuduhan kedua, Setiausaha Agung DAP itu dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri secara rasuah sebidang tanah serta banglo di 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada seorang ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta.

Beliau mengaku tidak bersalah dan dibenarkan ikat jamin RM1 juta oleh seorang penjamin.- Mstar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s