SAMARAHAN: Ibu Bunuh Dua Anak Dipercayai Diberikan Minum Clorox

KOTA SAMARAHAN: Dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan empat tahun dipercayai dibunuh oleh ibu mereka di Kampung Baru di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Samarahan, DSP Lee Chong Chern berkata ibu berkenaan yang berusia 37 tahun didapati menggantung diri di dalam tandas di rumah tersebut.

Beliau berkata pihak polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mengenai penemuan dua kanak-kanak tersebut dalam keadaan mencurigakan kira-kira 7.55 malam.

“Polis menjumpai dua kanak-kanak tersebut di bilik tidur dengan yang berusia tujuh tahun sudah meninggal dunia, manakala yang berusia empat tahun ditemui dalam keadaan kritikal.

“Dia dibawa ke Hospital Jantung, Kota Samarahan sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi pagi ini.
clorox
Lee berkata di dalam bilik tidur itu turut ditemukan sejenis cecair peluntur yang disyaki diberikan kepada kanak-kanak berkenaan.
Beliau berkata setakat ini kes tersebut disiasat sebagai mati mengejut. – Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s