Bekas MB Terengganu Ahmad Said Tolak Dilantik Timbalan Exco

KUALA TERENGGANU: Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menolak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri dalam penstrukturan semula barisan exco kerajaan negeri pada Rabu.

AHMAD Razif membuat kejutan apabila menyenaraikan bekas menteri besar, Ahmad Said (kiri) sebagai Timbalan EXCO Terengganu. - Foto NSTP

AHMAD Razif membuat kejutan apabila menyenaraikan bekas menteri besar, Ahmad Said (kiri) sebagai Timbalan EXCO Terengganu. – Foto NSTP


Malah Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kijal itu menggambarkan tawaran berkenaan seakan-akan mempersendakan beliau yang pernah pegang jawatan nombor satu di negeri itu.

Ahmad menegaskan kepimpinan sedia ada tidak mengiktiraf kedudukannya sebagai wakil rakyat sah yang dipilih secara demokratik setelah bertindak memotong peruntukan kepada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal.

“Saya tidak tahu siapa yang menasihati yang berhormat Menteri Besar Terengganu ketika ini yang menarik balik semua peruntukan untuk DUN Kijal.

“Serupa juga membuat pelantikan tertentu tanpa merujuk kepada saya seolah-olah saya bukan lagi seorang wakil rakyat daripada BN, tetapi tiba-tiba lantik saya pula seolah-olah mengiktiraf saya balik,” kata beliau.

Beliau juga mendakwa pelbagai projek yang diumumkan kerajaan negeri sebelum ini tidak dilaksana seperti dijanjikan.

Beliau pada masa sama sedia menerima sebarang tindakan berikutan kenyataannya mengenai pelbagai kelemahan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Ahmad Razif pada Rabu mengumumkan rombakan dan penstrukturan semula barisan exco kerajaan negeri yang menyaksikan Datuk Seri Ahmad dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan. – AStroawani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s