“Beg Saya Ada Bom dan Ingin Letupkan Kapal Terbang”, Gurau seorang Tentera di Airport Kuching

Kuching: Anggota tentera ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini kerana mendakwa membawa bom dan ingin meletupkan kapal terbang, pagi tadi.

kapal terbang 1
Anggota tentera berusia 27 tahun membuat kenyataan itu di kaunter daftar masuk, balai berlepas pada 10.15 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, anggota tentera terbabit dijadualkan menaiki penerbangan ke Kota Baru, Kelantan kerana bertugas di sana.

Menurutnya, ketika berada di kaunter daftar masuk, pegawai bertugas bertanya mengenai kandungan beg dan kotak yang dibawa.

“Suspek menyatakan yang dia membawa bom. Apabila ditanya kali kedua, dia tetap memberi jawapan sama iaitu membawa bom dan ingin meletupkan kapal terbang.

“Pekerja kaunter syarikat penerbangan terus memaklumkan kejadian itu kepada penyelianya dan menghubungi polis,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, hari ini.

Menurut Ahmad, polis memanggil Unit Pemusnah Bom untuk memeriksa beg dan kotak yang dibawa suspek.

Katanya, akibat kejadian itu juga tiga penerbangan ditangguhkan atas sebab keselamatan dan lapangan terbang disahkan selamat pada 12.30 tengah hari.

“Suspek memaklumkan dia sekadar bergurau. Namun, ini bukan gurauan dan dia ditahan, akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching esok untuk permohonan reman.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya. – Hmetro

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s