Peningkatan Jenayah Siber, Mahkamah Khas Siber Beroperasi September Ini

KUALA LUMPUR: Mahkamah Khas Siber bagi membicarakan kesalahan jenayah di bawah undang-undang siber dijangka mula beroperasi di Kuala Lumpur, September ini sebelum disusuli Selangor dan Johor.

Hacker typing on a laptop

Hacker typing on a laptop


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata cadangan penubuhan mahkamah khas berkenaan sudah dimaklumkannya kepada Kabinet hari ini dan Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.

“Fasa pertama Mahkamah Khas Siber dijangka mula beroperasi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula September 2016 diikuti Selangor dan Johor kerana ketiga-tiga negeri terbabit mencatatkan kes jenayah siber yang tinggi. Ia kemudian akan disusuli negeri lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, kerajaan berpendapat sudah tiba masanya mahkamah khas itu diwujudkan susulan aliran serangan siber yang membimbangkan seperti penggodaman, penipuan dalam talian, ‘botnet’, ‘web-defacement’, kecurian maklumat, pengintipan, judi siber dan pornografi. “Kerajaan juga mengambil kira pandangan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk pertubuhan bukan kerajaan. Satu memorandum Jemaah Menteri mengenai penubuhan mahkamah itu akan dibentangkan dalam masa terdekat,” katanya.

Azalina berkata, Mahkamah Khas Siber sama seperti penubuhan mahkamah khas lain dengan hakim dan pihak berkaitan akan diberikan latihan menyeluruh dan mencukupi bagi memastikan institusi itu dapat berfungsi dengan baik. “Mahkamah ini akan ada hakim yang khusus bagi mendengar kes berkaitan undang-undang siber,” katanya.

Penubuhan Mahkamah Khas Siber sama seperti mahkamah khas lain, antaranya Mahkamah Khas Rasuah, Mahkamah Khas Koroner, Mahkamah Khas Anti-Pencatutan dan Mahkamah Khas Alam Sekitar.

Sumber: Berita Harian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s