DAP Angkuh dan Besar Kepala – Ustaz Nasrudin

KUALA LUMPUR 24 Julai – Tindakan DAP yang tetap menimbang mahu mengadakan pilihan raya negeri (PRN) lebih awal berbanding negeri lain meskipun belum menerima ‘lampu hijau’ sekutunya PKR, me­nyerlahkan sikap ‘besar kepala’ parti itu.
nasa pas
Perkara itu ditekankan oleh Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan yang memberitahu bahawa beliau tidak pelik dengan apa yang berlaku berdasarkan pengalaman kerjasama antara parti tersebut dengan DAP sebelum ini.

Beliau juga menyifatkan DAP sebagai sebuah parti yang tidak boleh diajak berunding selain tidak boleh diberikan nasihat.

“Kita nampak jelas apa yang DAP buat itu lebih bermatlamat melindungi kepentingan mereka. DAP ini memang ‘payah berkira’, mereka kira mereka betul, rasa pandai, mereka ‘besar kepala’, payah.

“Berdasarkan pengalaman Pas bekerjasama dengan DAP sebelum ini, dalam perkara yang melibatkan persefahaman yang te­lah dicapai pun mereka boleh tetap dengan pendirian sendiri. Pas telah alami ini, mereka tidak menghormati suara-suara Pas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nasrudin mengulas mengenai keputusan DAP yang tetap mahu meneruskan rancangan mengadakan PRN mengejut di Pulau Pinang.

Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng memberitahu keputusan mengadakan pilihan raya itu dijangka diumumkan minggu depan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang menimbangkan perkara tersebut.

Keputusan DAP itu ternyata berbeza dengan kenyataan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa hasrat DAP tersebut tidak boleh diputuskan atau dipersetujui dalam tempoh singkat, sebaliknya perlu dibuat perbincangan secara terperinci.

Dalam pada itu, bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong menzahirkan rasa kesal dengan tindakan DAP yang cuba ‘membelakangkan’ rakan-rakan pembangkangnya semata-mata mahu memenuhi matlamat serta kepentingan parti itu semata-mata.

Beliau pada masa sama mendakwa menerima maklumat bahawa DAP telah mengutuskan surat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung hasrat mereka itu dan akan melaksanakannya sekiranya mendapat restu bekas Ketua Pembangkang itu.

“Sekiranya benar, DAP sememangnya telah membelakangkan kepimpinan sedia ada PKR. Sebab itu saya mencadangkan PKR mengajar DAP supaya hormat kepada parti itu dengan bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) jika PRN Pulau Pinang diadakan juga,” katanya.

“Inilah masanya PKR ‘menonjolkan’ diri mereka. Bertanding di semua kerusi sebagai tanda protes terhadap keputusan DAP yang dilihat ‘membelakangkan’ parti tersebut dalam perkara ini,” jelas beliau.- Utusan

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s