Polis Masih Siasat Pembabitan Adlin

Kuala Lumpur: Polis masih menjalankan siasatan berhubung pembabitan pelakon Adlin Aman Ramlie dalam kes penipuan sebuah syarikat, termasuk membabitkan ahli perniagaan Korea Selatan dengan kerugian RM485,000 serta skim cepat kaya berjumlah RM35 juta.
risik komersil

Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Roslan Abd Wahid berkata, pihaknya masih membuat siasatan kes itu.

“Siasatan kes ini membabitkan artis berkenaan masih dijalankan walaupun dia sudah dibebaskan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai sidang media oleh Adlin di sini, hari ini.

Roslan berkata, Adlin berhak membuat sidang media bagi membersihkan namanya, namun polis tetap menjalankan tugas membuat siasatan terperinci kes berkenaan.

“Masih ada anggota sindiket penipuan itu ditahan polis sehingga ke hari ini (semalam) untuk siasatan lanjut, termasuk menyiasat peranan mereka dalam syarikat berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengenai penahanan pelakon berusia 44 tahun itu, beliau berkata, pelakon berkenaan dibebaskan pada 21 Julai lalu selepas 24 jam ditahan bagi membantu siasatan.

“Kita menahan artis berkenaan pada jam 2 petang, Rabu lalu, di kediamannya di Taman TAR Ampang untuk membantu siasatan dan dia dibebaskan keesokannya selepas tempoh 24 jam dengan jaminan polis,” katanya.-Hmetro

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s