Statistik terbaru: Kaum Cina Makin Berkurang, Bumiputera Bertambah

LAPORAN daripada Jabatan Perangkaan Malaysia baru-baru ini menunjukkan jumlah penduduk di negara kita pada tahun ini dianggarkan 31.7 juta orang iaitu meningkat sebanyak 0.5 juta berbanding 31.2 juta orang pada tahun lepas.

kaum cina

Etnik Bumiputera mencatatkan peratusan tertinggi bagi kategori penduduk warganegara di Malaysia iaitu sebanyak 68.6 peratus (21.74 juta) diikuti oleh etnik Cina, 23.4 peratus (7.41 juta), India 7.0 peratus (2.21 juta) dan lain-lain 1.0 peratus (3.17 juta).

Melihat perkembangan terbaru ini, Lidah Pengarang Sin Chew Jit Poh merumuskan bahawa walaupun jumlah keturunan Cina telah melebihi tujuh juta orang, namun kadar pertumbuhannya menunjukkan penurunan dan keadaan ini perlu diberikan perhatian serius.
penduduk
Mengikut laporan, walaupun kadar pertumbuhan kaum Melayu turut menunjukkan penurunan, namun ia hanya berlaku pada tahun 2000 berbanding jumlah bangsa Cina yang telah menurun sejak tahun 1980 lagi.

Pada tahun lalu, kadar kelahiran kaum Melayu adalah 2.6 dan kaum Cina hanyalah 1.4, iaitu jumlah yang paling kurang berbanding dengan kaum-kaum lain di negara kita.

Untuk mengatasi masalah kekurangan kaum Cina ini, akhbar ini berpendapat, bagi setiap keluarga Cina, mereka perlu mempunyai sekurang-kurangnya tiga anak untuk mengimbangi kadar kelahiran kaum Melayu.

Kata akhbar ini lagi, jumlah kaum Cina yang semakin berkurangan ini sepatutnya menjadi perhatian oleh seluruh masyarakat Cina di negara kita.

Dari segi jangka masa panjang, semua pihak perlulah menggalakkan agar suami isteri yang masih muda sekurang-kurangnya memiliki tiga orang anak bagi memastikan hak kaum Cina pada generasi akan datang terjamin dan terpelihara. – Sinar Harian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s