Menteri Besar Perlis Nafi Kerjasama Dengan Dr.M Jatuhkan Najib

KANGAR: Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man menafikan tuduhan dan dakwaan seorang blogger bahawa beliau bersekongkol dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
azlan man

Beliau berkata, dia tidak pernah melakukan perbuatan tersebut atau mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh dianggap ‘menikam belakang’ perdana menteri sehingga hari ini sebagaimana didakwa blogger, Yusman Zahari.

“Saya sentiasa menyokong tanpa berbelah-bagi malah ketika perdana menteri diserang berkaitan isu 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion, saya adalah antara Ketua UMNO Bahagian yang secara terang, jelas dan tegas mempertahankan kepimpinan beliau.

“Niat buruk Yusman terserlah dengan mengadakan cerita yang tidak pernah berlaku dan menuduh Senator Ramli Sharif yang saya namakan sebagai Ahli Dewan Negara berada di barisan hadapan menyambut Tun Dr. Mahathir pada 28 Julai lepas,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau mengulas tulisan blogger tersebut yang bertajuk ‘Pemimpin UMNO Perlis Terlibat Salurkan Dana Gerakan Mahathir Jatuhkan Najib.’

Azlan berkata, tulisan blogger itu bersifat pembohongan, fitnah dan berniat jahat selain cuba menimbulkan permusuhan antara beliau dengan perdana menteri dan membentuk persepsi negatif rakyat Perlis terhadapnya.

Katanya, tuduhan blogger tersebut bahawa beliau tidak pernah menyokong perdana menteri secara terbuka dan mengadakan perjumpaan tertutup dengan Datuk Seri Mukhriz Mahathir semasa Mukhriz masih Menteri Besar Kedah juga adalah tidak benar.

“Saya mencabar Yusman membuktikan segala tuduhannya dan menuntut beliau menarik balik dakwaan, pembohongan dan fitnah serta memohon maaf secara terbuka kepada saya dalam masa terdekat.

“Sekiranya dia gagal berbuat demikian saya akan mengambil tindakan undang-undang dan menyaman beliau untuk membersihkan nama saya,” kata beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kangar. – BERNAMA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s