Sukma Ke-18: Khairul Hafiz, Nur Aqilah Atlet Terbaik

KUCHING: Temasya Sukan Malaysia (Sukma) XVIII yang melabuhkan tirainya dalam majlis penuh gilang gemilang di Stadium Sarawak malam Ahad ini menjadi saksi kehebatan pelari pecut sensasi dari Melaka, Khairul Hafiz Jantan yang dinobatkan sebagai atlet terbaik lelaki, manakala pemanah daripada kontinjen Terengganu, Nur Aqilah Yusof pula atlet terbaik wanita.
atlet terbaik sukma
Perkembangan yang paling mencuri tumpuan ramai pada temasya kali ini pastinya terarah kepada kejayaan Khairul Hafiz, yang memperbaharui satu rekod kebangsaan di samping mencipta empat rekod Sukma.

Beliau berjaya memadam rekod kebangsaan seusia dirinya dalam acara 100m iaitu 10.30s milik Watson Nyambek dengan catatan 10.18s sekali gus juga rekod Sukma dalam acara itu, selain mencipta rekod Sukma dalam acara 200m, 4x100m dan 4x400m.

Nur Aqilah yang berjaya meraih tiga pingat emas dan dua gangsa pada temasya kali ini, memperbaharui rekod kebangsaan 328 mata milik Mon Redee Sut Txi dalam acara 70m recurve wanita yang dilakukan pada Sukan SEA Vietnam pada 2003 dengan catatan baharu 331 mata, sekali gus rekod baharu Sukma.

Beliau turut mencipta satu lagi rekod Sukma dalam acara recurve 60m wanita.

Persembahan bunga api berwarni-warni memeriahkan majlis penutupan Sukma Ke-18.

Kontinjen Selangor pula diumumkan sebagai juara keseluruhan temasya Sukma kali ini selepas berjaya mengumpul 59 pingat emas, 73 perak dan 63 gangsa.

Ini merupakan kali kesembilan kontinjen Selangor merangkul gelaran juara Sukma, kejuaraan sebelum ini dilakar pada 1988, 1996, 1998, 2000, 2002, 2004, 2006 dan 2013.

Stadium Sarawak dibuka seawal pukul 5 petang ini, dengan orang ramai yang datang berbaris panjang untuk mengambil tiket masuk yang juga tertera nombor cabutan bertuah, di pintu masuk stadium.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kiri) menyaksikan penyerahan bendera Sukan Malaysia (Sukma) oleh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem (kiri) kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir (dua, kanan) pada majlis penutup Sukma ke-18 di Stadium Sarawak malam Ahad. Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (kanan).

Beberapa artis terkenal tempatan kemudiannya mengambil giliran menghiburkan penonton dengan persembahan pentas sementara menunggu ketibaan tetamu kehormat.

Anggota kontinjen negeri yang semuanya berjumlah hampir 6,000 atlet dan pegawai, mula memasuki stadium pada pukul 8 malam dengan diiringi dentuman dan
kilauan cahaya bunga api menyinari ruang angkasa stadium.
atlet sukma
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mula masuk ke stadium kira-kira sejam kemudian dengan diiringi Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Para atlet Selangor gembira bersama piala kejohanan setelah muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 di Stadium Negeri malam Ahad. Selangor mengutip 59 emas, 73 perak dan 63 gangsa.

Selepas ucapan penutupan oleh timbalan perdana menteri, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada atlet terbaik kejohanan, Khairul Hafiz dan Nur Aqilah.

Selepas bendera Sukma diturunkan dan diserah kepada wakil dari Perak selaku tuan rumah Sukma 2018, majlis diteruskan dengan persembahan kebudayaan dari Perak, sebagai acara tradisi secara simboliknya mengalu-alukan ketibaan temasya dwitahunan itu di negeri berkenaan.

Majlis berakhir dengan pertunjukan bunga api selama beberapa minit sebelum semua tetamu kehormat beredar meninggalkan majlis. – Bernama/mstar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s