Ulama Perlu Jadi Pemimpin – Presiden PAS

TURKI: Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru para ulama agar melakukan anjakan paradigma memainkan peranan dalam kepimpinan serta tidak sekadar menjadi pengikut.

Menurutnya, dewasa kini terdapat pelbagai kumpulan dan jemaah yang wujud dengan semangat Islam serta ukhuwah Islamiah dan perlu dipandu dengan tuntutan Al-Quran dan Sunnah yang sebenar.

Justeru menjadi tanggungjawab para ulama mengambil inisiatif menyusun, mendidik, serta merancang perjalanan jemaah-jemaah tersebut dalam menghadapi pelbagai isu setempat khususnya serta isu global amnya.
hadi turki
Beliau berkata demikian dalam salah satu seminar sempena Persidangan Lembaga Pemegang Amanah Kesatuan Ulamak Islam Sedunia kali ke-4 di Konya, Turki yang bermula semalam.

Dalam ucapan itu juga, beliau berkata antara kejayaan para ulama dalam medan tafaqquh fid deen (mendalami ilmu agama) adalah kemampuan mengemukakan perbahasan Fiqhul Qital, Fiqhul Jihad serta Fiqhul Dakwah dalam wajah kontempori.

“Di sinilah peranan ulama di tampuk kepimpinan, serta menjadi para imam dan bukan sekadar makmum,” ujarnya dipetik laman web Kesatuan Ulamak Islam Sedunia – Asia/Harakahdaily.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s