PAS Sedia Ambil Alih Terengganu

PAS semakin berkobar-kobar untuk kembali memerintah Terengganu dan akan menyokong usaha Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said untuk menggulingkan Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman.

Parti Islam itu akan meneruskan usaha berkenaan melalui undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif atau menuntut peletakan jawatannya sebagai menteri besar, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

tuan man
Sementara itu, Ahmad telah mengeluarkan kata dua terbaharu kepada Ahmad Razif supaya meletak jawatan.

Ahmad memberitahu The Star bahawa beliau akan menyertai “pihak lain” yang akan membolehkan mereka membentuk kerajaan melainkan menteri besar berundur.

Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai ancamannya untuk membuat langkah dramatik dengan meletak jawatan daripada Umno.
photogrid_1470202733212.jpg
Terdahulu, dalam satu temu bual telefon, Tuan Ibrahim berkata Ahmad hanya perlu meninggalkan Umno bagi membolehkan PAS untuk mengambil alih pentadbiran.

“Kami bersedia untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu,” katanya.

Tetapi beliau menyelar Ahmad kerana membuat ancaman.

“Beliau tidak boleh hanya buat bising mengenainya. Jika Umno akan memecatnya, maka beliau harus meletak jawatan,” katanya sambil menambah bahawa sekutu Ahmad iaitu Adun Ajil, Ghazali Taib juga perlu keluar daripada Umno.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, tidak ada keperluan untuk PAS membentuk kerajaan campuran dengan Umno.

“Jika Ahmad meletakkan jawatan, dia akan menjadi Adun bebas dan PAS akan memegang majoriti,” katanya.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat turut mencabar Ahmad meletak jawatan.

“Beliau tidak mengambil sebarang tindakan untuk melakukannya. Jangan hanya buat bising, tinggalkan Umno, “katanya.

Satiful yang juga Adun Paka berkata, soal menjemput Ahmad atau Ghazali untuk menyertai PAS tidak timbul.

“Peletakan jawatan mereka dari Umno adalah mencukupi untuk PAS mengambil alih Terengganu,” katanya.

Barisan Nasional kini mempunyai 17 kerusi daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala PAS mempunyai 14 dan PKR (1).

Jika Ahmad Said dan Ghazali menjadi wakil rakyat bebas, BN akan kehilangan majoriti.

Sebelum ini PAS memerintah Terengganu selama dua penggal dari Jun 1959 hingga November 1961, dan Disember 1999 hingga Mac 2004.

Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut daripada PAS tidak menolak kemungkinan Ahmad cuba untuk mengemukakan usul tidak percaya walaupun tidak memberi notis 14 hari kepada Speaker, Datuk Mohd Zubir Embong.

“Kali ini, jika ada usul undi tidak percaya dan Speaker menolaknya, maka kita mungkin mencadangkan undi tidak percaya terhadap Speaker,” katanya.-Mstar Online

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s