SEBUAH ISTIKHARAH CINTA – CERPEN

Oleh: Miss Liquid Paper
kahwin
“Macam mana la aku boleh setuju nak kahwin dengan dia.”

Malam sudah menjelma. Tetamu-tetamu sudah pulang. Setelah berbual dengan mak dan ayah, aku terus naik ke bilik. Penat dowh dengan acara semua. Tak faham aku, asallah nak kena buat wedding reception yang besar-besar. Oh fine, aku anak sulung, sah-sah kena buat big event bukan?

Errmmm…….Aku buka pintu bilik, dilihat Am, lelaki…, suami yang baru aku kahwini…amboi syok… sedang duduk di sofa, menonton televisyen. Ai… relaks je dia ni, tak penat ke? Tanya aku dalam hati.

Tanpa pedulikan Am, aku terus meluru ke bilik air. Tapi aku macam perasaan ja Am pandang aku semacam… macam kucing jantan lapar, malas nak tegur dia.

Selesai mandi, keluar dari bilik air, aku melabuhkan diri di katil. Tiba-tiba, “Eh, dah nak tidur?” Kedengaran suara Am yang cuba nak menghampiri aku… Aku tersenyum sinis.

“Yeela. Takkan nak main bola pulak.” Aku membalas sambil duduk di hujung katil. Am yang sedang berpeluk tubuh sambil memandang aku dengan renungan kucing jantan yang lapar. Pelik, nak kata lapar, dia la yang paling banyak melantak tadi…eeeiiii seram pulak aku…

Dari saat aku bertunang dengan dia, gaduh dah jadi hobi kami.

“Katil tu biar aku yang tidur di situ. Kau tidur kat sofa.” Arah aku pada Am.

“Asal pulak? Katil ni kan kita punya” jawab Am tanda ingkar arahan aku…

“Oit!! Sedar tak kau sekarang berada dalam bilik aku, segala harta benda dalam bilik ni milik aku…kecuali kau.” Aku mencebik. Aku tersenyum sinis. Puas hati aku. Hahahaha…

“Ah… tak kira kau tidur kat sofa. Aku tidur kat katil. Kalau kau tu lelaki, baik kau mengaku kalah.”

Am masih tidak mahu mengalah. Tegedik-gedik sengeh nak dekat dengan aku.. Ah… dia ni. Degil nak mampus. Macam manalah Mak suruh aku kahwin dengan lelaki macam ni, bukannya handsome sangat. Apalah yang mak nampak kat lelaki ni? Aku pandang Am dari atas sampai bawah….ermmm…boleh la..

“Apa yang awak pandang????” Marah Am bila dia sedar aku sedang memandangnya. Aku ingat dah bisu tadi..

“Aii… takkan nak pandang suami sendiri tak boleh?” Aku cuba mengusik Am.

Kini giliran Am pulak…pandang aku atas bawah…tau la aku ni cun…tapi aku tak suka dia pandang aku dan aku tak suka dia..

“Apa yang kau tengok hah?”tengkingan aku bak halilintar menyedarkan Am dari terus pandang aku…tambah aku lagi “Bangang.” Kan dah kena..

Aku ingat lagi sepakan yang aku bagi kat kaki Am masa kitaorang keluar membeli-belah barang hantaran. Dek bengang dengan perangai geli dia, sepak aku hadiahkan. Ada ka patut? Padan muka…hahahahahaha

“Kan awak yang kata saya lelaki kan? So lelaki mesti pandang perempuan yang semestinya awak. Awak je perempuan je dalam bilik ni.” Am menjawab dengan selamba. Giliran dia mengusik aku..

“Kau jangan nak buat aku bengang malam-malam ni. Aku penat tau tak.” Aku mencebik. Malas nak bergaduh.

“La, awak penat ke? baru nak ajak main satu permainan,” Am mengusik aku lagi.

“Permainan apa?” Dengan pantas aku menyoal. “Permainan atas katil? Mahu?” Am ketawa. Gila….

“Kau!” Suara aku makin tinggi.

Malam pertama aku dan Am adalah pergaduhan.

“Jangan harap aku akan ikut kemahuan kau,” aku bersuara lagi. Aku mencebik. “Eleh, awak ingat saya nak sangat ke kat awak? Kita kahwin pun sebab terpaksa tahu. Jangan ingat saya nak sentuh awak senang-senang ja…kalau tak ada keinginan” Pergh… sedap betul jawapan Am…

“Hidung tak mancung, pipi tersorong. Boleh blah ah,” Aku membalas.

Aku dah lupa apa yang jadi lagi malam tu sebab aku dah start mengantuk. Yang aku ingat, dalam asyik aku dan Am berperang mulut, mak dan Ayah tiba di bilik kita orang. Maybe terkejut kot dengar bunyi pertengkaran. Dan begitulah malam pertama aku berlalu.

****** 6 bulan sebelum ************

“Kenapa kau tak tolak? Tak takut ke aku sihir kau? Aku bukan terdesak pun nak kawin. Kalau ya pun terdesak.. bukan kau yang aku pilih”..

Pertemuan yang tak terduga antara Mohd Arham b. Azman dan Nur Hana bt Rahim.
Kenalan universiti, berlatar belakang keluarga yang sederhana, kebahagiaan dan kesenangan yang dimiliki atas kudrat yang diberi Ilahi rezeki yang dicari.

Miliki kerjaya yang sama, pensyarah tetapi berlainan bidang. Aku, pensyarah dan bisnes woman..itu cita-cita aku.

“Kau kan tak suka aku. Tak ingat ke apa kau panggil aku dulu? Ahli sihir…tak ingat ke?” soalku pada Am, sebab tak puas hati dengan keputusan yang dia buat.

“Ya dulu saya tak nampak. Sekarang awak dah bukan ahli sihir. Tapi nenek kebayan yang disihir menjadi puteri” senyum Am tanda ikhlas.

“Apa? Ooo..jadi aku cantik la sekarang kan? Memang aku cantik pun. Tapi aku tak suka kau. Kau faham tak? Boleh tak kalau kau batal kan perkahwinan kita?” aku terus terang pada Am, dengan harapan dia setuju.

“Hana, saya tak boleh. Sebab ni dah memang pilihan keluarga kita. Saya tak nak jadi anak derhaka. Awak jodoh saya…(Am tersenyum) Tunggu saya yer sayang” amboi cantik jawapan kau Am.

Sayang??? eeeiii geli aku dengar..nak tak nak aku terpaksa terima..sesuatu yang tak diduga. Kejadian putus tunang aku dengan Faizal..akhirnya membuatkan aku dijodohkan dengan Am. Ye ke jodoh aku?? Ya Allah lindungilah aku dari perkara yang tak diingini.

*************

“Mak, ayah kenapa mesti nak kena kahwinkan Hana dengan mamat tue? Entah sape-sape pandai-pandai jer mak dengan ayah terima. Asal usul pun kita tak tau.” Bentak aku.

Mak dan ayah tak tahu yang aku dan Am memang kenal.

“Bekas tunang kamu tu kita tau asal usulnya, keluarganya kita kenal malah dah rapat, putus jugak kan?. Semua tu bukan alasan Hana. Dah memang jodoh kamu dengan Am tu terima je la” mak masih mahu memujuk anaknya.

Dan memang betul Am jodohnya bila akad dimeterai pada malam akad nikah yang lalu. Bukan mahu membenci insan bernama Arham namun langkah yang diambil oleh lelaki itu terlalu drastik. Padahal baru dua bulan aku putus tunang.

Sakitnya ditinggalkan oleh tunangan, opss!! Bekas tunang masih berbekas, tiba-tiba sudah ada yang mahu mengisi kekosongan di hati.

“Kut ye pun ngorat la aku nie dulu, nie tak terus masuk minang, alih-alih dah kena terima” omel aku sendiri.

“Bercinta lepas kahwin tu yang sebaiknya Hana, tak perlu nak tunang-tunang lagi. Nikah jer terus. Senang, nak bercinta, nak ke mana-mana pun dah halal” sampuk ayah.
Gluuupppp…..malu.

Lantas pantas sahaja kaki aku mendaki tangga masuk ke dalam bilik. Malu pula pada mak dan ayah..kena perli tadi. Tak sangka pulak ayat ayah tu.

Solat wanita
Hari itu semakin hampir….
Aku tunaikan buat pertama kalinya dalam hidup, solat Istikharah.

Begitu dahsyatnya keajaiban solat istikharah dalam memantapkan hati dalam menentukan pilihan. Bahawasanya orang yang telah melaksanakan solat istikharah hendaklah melaksanakan apa yang telah diazamkannya, baik hatinya menjadi terbuka mahupun tidak .
Bermunajat pada Allah dalam sepertiga malamnya memohon diberikan pilihan terbaik dalam hidupku sebuah petunjuk dalam memantapkan hati mengenai jodoh yang menjadi misteriNya.

Di atas sejadah malam ini aku tertunduk pada gelap dan pekatnya malam. Meraba rahsiaMu Ya Allah atas jodoh yang berikan untukku. Istikharah mencari jawapan untuk menggapai “alhub fillah wa lillah.” Dalam doa ku bersimpuh pasrah, memohon datangnya jawapan kepada Sang Pemberi Hidayah.

Bila jawapan itu masih menggantung di langit, maka turunkanlah.
Bila jawapan itu masih terpendam di perut bumi, maka keluarkanlah.
Bila jawapan itu sulit kuraih, maka mudahkanlah.
Bila jawapan itu masih jauh, maka dekatkanlah.
Duhai kekasih sejati, Engkau Maha Cahaya, Engkau Cahaya di atas Cahaya.
Dalam kerinduan mendalam, dalam tatih meniti Pintu Cahaya,
Aku di sini, bersimpuh untuk menjemput cinta,
Cinta seseorang yang telah Kau pilihkan,
Semoga kan abadi di dunia dan Akhirat.

Aamiin Ya Rabbal Alamiin…

“Arghhhhhhh” bergema ruang bilik pagi itu dengan jeritan Hana.

“Eh apa ni? Kenapa kau tidur sebelah aku? Baik kau cakap cepat apa kau dah buat dengan aku?” Terpisat-pisat Am disergah Hana.

“Assalamualaikum puan Isteri, selamat pagi. Saya suami awak, semalam jer kita baru menikah, awak lupa ke apa yang jadi semalam? Saya mana ada buat apa-apa kat awak” seraya Am mengangkat ke sepuluh jarinya membuktikan apa yang dikatakannya sebentar tadi.

“Semalam?” macam mana la aku boleh nyanyuk..aduh..malu aku..omel Hana sendiri.

*****************

5 bulan bergelar isteri

Dah letih la aku asyik gaduh ja dengan Am. Dah sampai masanya aku berubah. Kenapa kau begitu sabar menahan karenah aku. Hana mula niat untuk berubah.

“Ya aku mula rasa sayang pada kau” pengakuan Hana pada dirinya.

“Awak… betul ke awak tak nak tidur kat atas? Saya rasa tambah berdosa kalau biarkan awak tidur kat bawah tu”.

Hati Hana mula dipaut rasa bersalah apabila suaminya terus membentangkan comforter di atas karpet selepas dia bertekak mahu tidur berasingan tadi. Ya la kan aktiviti biasa.

Am tersenyum.

“Perubahan yang baik. Dari kau aku..sekarang awak saya” kata Am pada Hana.

“Awak, redhaNya Allah bila saya redha. Saya yang memilih untuk tidur di bawah kan? Jangan la awak risau” . Lembut Am yang tak jemu memujuk dan sabar dengan isterinya.

Hati Hana tersentuh. Ya Allah kenapa ini yang aku rasa?.

Jika ini yang baik untuk aku ke syurgamu, ku mohon tetapkanlah dalam diriku. Detik hati Hana. Tanpa sedar air matanya mengalir.

“Laaa nangis pulak dah? Saya ada salah cakap ke? Maaf la kalau saya tersalah cakap”. Kalut Am bila melihat isterinya mula mengalirkan air mata.

“awak naik la tidur kat atas ni, dah la saya bersalah tak cintakan awak, saya bertambah berdosa bila tengok awak tergolek-golek kat bawah tu”. Tersenyum Am mendengar kata-kata Hana. Tidak sampai hatinya membiarkan isteri tercinta terus menangis hanya kerana rasa bersalah.

“Awak tak takut ke kalau saya terpeluk awak masa tidur nanti? Saya mana boleh nak kawal kelakuan saya kalau dah hanyut dibuai mimpi. Nak-nak pulak kalau awak yang masuk dalam mimpi saya”. Usik Am, selebihnya dia bahagia melihat pipi merah isterinya.

“ishhh mengada pulak dia nie kan, dah la saya tak nak tidur selagi awak belum terlelap awak jangan sesekali melangkah sempadan nie tau”! Ugut Hana sambil meletakkan bantal panjang sebagai sempadan antara mereka.

“Kalau dah terlelap, kira tak bersalah la kalau saya terlepas sempadan nie kan?” usik Am lagi.

Lantas Hana terus menarik selimut membungkus dirinya.

Tiba2 ingatan aku kembali pada bekas tunangku, Faizal.

Mudahnya alasan kau..“Maaf saya terpaksa berterus terang yang saya masih sayangkan bekas kekasih saya. Saya tak dapat lupakan segala-galanya mengenai dia. Saya mengaku saya tersilap langkah dengan mengikat diri saya sebagai tunang awak”.

Lesu suara Faizal. Tidak sanggup lagi dia terus bersikap hipokrit di hadapan tunangnya padahal hakikat yang sebenar dia masih sayangkan bekas kekasih yang lalu.

“Habis tu masa kau buat keputusan nak bertunang dulu tu, kau saja nak buat eksperimen samada kau masih sayangkan bekas kekasih kau?

Dan aku hanya menjadi bahan uji kaji kau? Dan bila kau dah tahu keputusannya baru kau tahu yang kau dah tersilap?” perlahan namun cukup tegas diperkatakan oleh Hana. Dia cukup pantang jika ada yang memainkan perasaannya.

“Saya minta maaf. “ Hanya itu yang mampu diluahkan Faizal, dia tahu memang dia yang menjadi puncanya.

“Aku maafkan kau, dan tolong jangan cari aku lagi. Terima kasih kerana memberi aku pelajaran yang cukup bermakna”. Pedas apa yang dikatakan Hana.

Ternyata pengorbanannya untuk memahami seorang lelaki yang bernama Faizal hanya sia-sia. Segala kesabaran hanya menjadi buih yang perlahan dibawa arus air. Segala pengorbanan hilang disapu debu angin.

Dia pasrah, pasti ada hikmah.

“Jika Allah belum memakbulkan doamu bererti Dia punya perancangan yang lebih baik buat kamu. Dia mengerti apa yang terbaik buat hamba yang diciptakanNya”, hati Hana lebih tenang apabila mengingati semua kata-kata yang menjadi semangatnya selama ini.

Dan kini dia sudah punya suami. Mungkin jodoh yang dah tertulis. “Yer ke jodoh aku?” omel Hana sendiri.

nikah3

*************************

Dan benar, lelaki yang bergelar suaminya kini lebih baik dari bekas tunangannya. Sabar melayan setiap karenahnya. Tersenyum saat dia mula membuat perangai yang pelik-pelik. Menenangkan saat jiwanya gundah dilanda masalah.

Hana terjaga di sepertiga malam. Terdengar akan doa suaminya

“Ya Allah aku mohon padaMu. Izinkan aku untuk terus menatap senyuman isteriku walau hanya ketika dia sedang tidur. Izinkan aku terus menatap wajah berang isteriku walau aku menjadi mangsanya melepaskan amarah. Izinkan aku untuk terus menatap rajuk isteriku walau hanya panjang muncung nya yang bisa aku lihat. Itu sudah cukup bermakna buatku Ya Allah. Kerana sesaat aku kehilangannya terasa seluruh jantungku berhenti berdenyut. Aku amat mencintainya Ya Allah, jadikan aku kecintaannya juga. Aku amat merinduinya Ya Allah, jadikanlah aku kerinduannya pula. Ku mohon padaMu yang memegang setiap hati kami Engkau lembutkanlah hati isteriku menerima diriku dan juga mahligai kami, berkatilah rumah tangga kami Ya Rabb. Hanya padaMu aku bermohon. Amin Ya Rabbal Alamin.”

Lencun air mata Hana saat terdengar doa kudus suaminya. Baru dia tahu bahawa selama ini suaminya bangun sepertiga malam, memohon kecintaan Ilahi. Berdoa untuk rumah tangga mereka. Teringat insiden di mana mereka keluar bersiar-siar tempoh hari.

“Awak jangan buat saya macam nie lagi, kalau pun Awak tak suka saya tolong la jangan buat hati saya risau macam ni, saya rela awak buat perangai macam selalu dari awak tiba-tiba menghilang macam tadi. Janji dengan saya jangan buat macam ni lagi sayang?” pinta Am bersungguh-sungguh.

Sedangkan Hana terus enak menikmati jagung yang dibelinya tadi, namun manis jagung itu langsung tidak terasa kerana hatinya sebak melihat risaunya Am sewaktu dia ‘hilang’ tadi. Bertambah sebak hatinya mendengar permintaan suaminya. Namun, air mata tetap juga ditahan.

“Sorry, saya lupa nak bagitau awak, nak beli ni tadi. Awak makanlah”, sambil dihulurnya jagung itu pada Am. Tidak terasa mahu menyambung kenikmatan jagung itu lagi, hatinya kini menangis, kerana egonya sendiri.

*******************

“Abang”

“Ya Allah Hana, nasib tak jatuh jantung saya ni, kenapa tak tidur lagi?”

Saya yang buatkan Hana terjaga.. Saya minta maaf.” Sikap lembut dan prihatin suaminya inilah yang sedikit sebanyak mencairkan hati kerasnya. Berubah untuk mencari syurga.

“Kalau jantung awak jatuh saya tolong lah kutip”. Sempat lagi Hana membalas tiap kata suaminya seperti selalu.

Tersenyum Am mendengar celoteh isterinya. Syukur dipanjatkan pada Ilahi kerana kini Hana mula mahu berlembut dengannya dan banyak berubah. Dia mula mahu bergurau dengannya.. Jika sebelum ini mahu mendengar sepatah dari mulut Hana pun bagai menunggu penyu bertelur! Namun, ada sesuatu yang aneh pada pendengarannya malam ini.

“Apa awak panggil saya tadi? Cuba ulang balik.”

“Mula la tu, tak boleh orang nak buat baik sikit, mula la nak membuli.”

“Rugilah kalau tak dapat buli sayang bila ada peluang”. Pantas cubitan Hana singgah di paha Am.

“Errrr .. Saya nak minta maaf atas kelakuan saya selama ni, saya tau banyak salah saya. Saya selalu sakitkan hati awak. Saya letakkan ego saya di tempat yang teratas. Maafkan saya”. Sayu Hana menuturkan kata-katanya, serentak dengan itu air mata gugur jua tanpa mampu ditahan lagi.

Erat Hana di dalam dakapan Am. Tinggi ucap syukur Am pada Yang Maha Kuasa membalikkan hati isterinya untuk sama mencintai seperti mana dia. Tiada kata yang mampu diucap hanya air mata bahagia yang membalas setiap kata isteri tercinta.
rogol

****************************

Hari-hari yang mendatang dilalui dengan kebahgiaan walau sering bercakaran.

“Macam mana abang boleh tekad nak memperisterikan saya?” soalan lama yang berada dalam benak Hana akhirnya terkeluar jua.

“Kerana Hana hadir dalam istikharah cinta abang”, tersenyum bahagia keduanya.

Hana kembali tersedar dari lamunannya apabila terasa dahinya panas dikucup suami.

“Eh..kejap.. macam mana boleh hadir sedangkan kita tak pernah pun bercinta?.” Soalan demi soalan diaju Hana pada Am.

“Sayang…boleh kita sambung sesi soal jawab ni esok? Rasanya ada yang lagi penting kita kena selesaikan”. Usik Am pada Hana, menyatakan hasratnya sebagai suami.

La dah tutup lampu rupanya..macam mana aku boleh tak sedar. Detik hati Hana.

Kini terasa bahagia dan nikmat sebenarnya dalam berumah tangga. semakin rapat semakin kuat pelukan Am terhadap Hana.

‘Nak buat ke tak? Nak ke tak? Patut ke kalau aku buat? Tapi.. haiiii hati dah macam ni kau boleh main teka-teki lagi?’. Marah Hana pada hatinya sendiri.

Seorang wanita dipinjamkan tulang rusuk seorang lelaki. Seorang wanita menjadi tulang belakang dan pendorong seorang lelaki. Seorang wanita ditakdirkan untuk seorang lelaki. Istikharah menjadi petunjuk dan pedoman buat seorang wanita dan seorang lelaki dalam memilih pasangan untuk melayari sebuah bahtera kehidupan.

Sebuah bahtera yang akan dikemudi oleh seorang lelaki dan dibantu oleh seorang wanita. Perjalanan lancar sebuah bahtera bergantung kepada persefahaman antara pengemudi dan penolongnya. Persefahaman yang lahir dari hati yang ikhlas antara keduanya membuahkan perjalanan hidup yang sempurna. Keimanan menjadi pendinding hati menjadikan perjalanan hidup akan diberkati oleh Yang Maha Esa.

TAMAT

4 thoughts on “SEBUAH ISTIKHARAH CINTA – CERPEN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.