Pelajar Maut Ditembak Semasa Main Pokemon Go

Seorang lelaki berusia 20 tahun maut ditembak di Taman Akuatik San Francisco pada Sabtu malam semasa bermain Pokemon Go, menurut laporan dalam talian.

poke1
Menurut laporan Los Angeles Times yang memetik detektif Polis Taman Amerika Syarikat (AS), Robert Jansing berkata, mangsa yang dikenali sebagai Calvin Riley tidak dirompak selepas ditembak.

“Tiada sebarang motif yang jelas sekarang,” kata Jansing.

Riley yang berasal dari San Mateo di California merupakan graduan dari Sekolah Tinggi Junipero Serra pada 2015.

Mangsa berlajar dalam jurusan kinesiologi di Kolej San Joaquin Delta di Stockton dan merupakan anggota pasukan bola keranjang di kolej itu.

Sementara itu, menurut laporan NBC, suspek masih lagi bebas dan Polis Taman AS mengambil langkah berjaga-jaga.

Tambah laporan berkenaan, tiada penahanan dibuat berhubung insiden tembakan itu.

Satu semakan di laman web GoFundMe yang diwujudkan bagi membantu keluarga Riley dari segi perbelanjaan pengebumian menunjukkan sebanyak RM144,625 (AS$35,820) dikumpul dalam tempoh 14 jam selepas kejadian berlaku.

Jumlah yang disasarkan laman GoFundMe ialah RM121,126.50 (AS$30,000). – Mstar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s