Bayi Lelaki 2 Tahun Yang Ditinggalkan Dalam Kotak, Kini Tenat

KANAK-KANAK lelaki berusia dua tahun yang ditemui ditinggalkan dalam sebuah kotak di tepi Jalan Ampang Baru 6, Ampang Baru, Ipoh pada 30 Julai lalu. - Foto ihsan PDRM

KANAK-KANAK lelaki berusia dua tahun yang ditemui ditinggalkan dalam sebuah kotak di tepi Jalan Ampang Baru 6, Ampang Baru, Ipoh pada 30 Julai lalu. – Foto ihsan PDRM


IPOH: Polis ingin menghubungi ahli keluarga atau waris seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang ditemui ditinggalkan dalam sebuah kotak di tepi Jalan Ampang Baru 6, Ampang Baru, di sini pada 30 Julai lalu.

Kanak-kanak itu kini kritikal di Wad Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini selepas dipercayai mengalami pendarahan dalaman.

Jurucakap Bahagian Siasatan Seksual / Keganasan Rumah Tangga / Penderaan Kanak-Kanak (D11) Ipoh, berkata kanak-kanak terbabit ditemui kira-kira jam 1.30 tengah hari oleh orang awam yang kemudian memaklumkan kepada polis.

Waris kanak-kanak berkenaan atau orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi polis di talian 016-5249091 atau 05-2451628/1629. – BH Online

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s