Melaka Beri Insentif RM50,000 Kepada Liu Ying-Peng Soon

MELAKA: Kerajaan Melaka akan memberi insentif sebanyak RM50,000 kepada beregu campuran badminton negara yang memenangi pingat perak pada Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil pada Rabu.
gohbadminton
Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata pemberian insentif itu adalah sebagai penghargaan atas kejayaan anak jati kelahiran Melaka, Goh Liu Ying dan gandingannya Chan Peng Soon yang berasal dari Pulau Pinang.

Beliau berkata setiap daripada mereka akan mendapat RM25,000 dan kerajaan negeri juga akan mempertimbangkan ganjaran lain kepada pasangan itu.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pasangan Liu Ying dan Peng Soon kerana memenangi pingat perak walaupun kita menaruh harapan yang besar untuk meraih emas pertama Sukan Olimpik.

“Dalam perlawanan akhir ini nasib tidak menyebelahi kita, selain tekanan yang dihadapi kedua-dua pemain negara,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan perlawanan akhir beregu campuran itu.

Pasangan negara tewas kepada gandingan Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir 14-21, 12-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 45 minit.

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan mencadangkan penganugerahan pingat Bintang Cemerlang Melaka kepada Liu Ying yang berjaya mengharumkan nama Malaysia dan Melaka di peringkat antarabangsa. – Mstar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s