RM100,000 Buat Azizulhasni dari Yayasan Sime Darby

Yayasan Sime Darby (YSD) memberi ganjaran RM100,000 kepada pelumba basikal trek kebangsaan, Mohd Azizulhasni Awang kerana kejayaannya memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Rio, semalam.

azizul medal
Pengerusi YSD, Tun Musa Hitam mengumumkan pemberian ganjaran tersebut kepada atlet digelar ‘The Rocket Pocket Man’ itu yang mendapatkan pingat Olimpik pertama bagi Malaysia dalam acara keirin.

“Anda telah berusaha memberi yang terbaik dan kami berbangga dengan pencapaian anda. Walaupun mengalami gangguan pada peringkat akhir, anda tidak patah semangat dan berjuang hingga ke gariasan penamat. Prestasi anda dalam keadaan demikian menjadikan anda lebih berhak untuk mendapat kemenangan.

“Seluruh negara bergembira bersama anda. Tidak lupa juga kepada jurulatih John Beasley dan seluruh pasukan kerana kegigihan anda semua, ia membuahkan hasil dan anda membuat Malaysia berasa bangga,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Pada pusingan akhir yang penuh dramatik, perlumbaan lapan pusingan itu terpaksa dilepaskan semula dua kali kerana pelumba melanggar peraturan teknikal dan pada kali ketiga, Azizulhasni memotong juara dunia, Joachim Eilers dari Jerman untuk menamatkan perlumban di tempat ketiga.

Pelumba berpangkalan di Melbourne itu melintasi garis penamat di belakang juara bertahan Jason Kenny dari Britain dan pelumba Belanda Dutchman Matthijs Buchli. – BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.