“Tidak Berhati Perut” – Bapa Noor Amila Edrus

KUALA LUMPUR: ‘Kejam dan tidak berperikemanusiaan’, demikian kata bapa kepada Noor Amila Edrus Norsham terhadap orang yang bertanggungjawab membunuh anaknya.
edrus
Norsham Jalil, 63, berkata beliau dimaklumkan mengenai penemuan ngeri itu oleh kawan-kawannya ketika sedang berada di Sepang, petang Khamis.

“Saya berdoa kepada tuhan agar sesiapa sahaja yang membunuhnya akan diberi balasan setimpal. Apa yang dilakukannya itu tidak berhati perut.

“Kami benar-benar berasa kehilangan. Anak saya seorang budak yang baik, dia pandai membaca Al-Quran, rajin solat dan sering pergi ke masjid sejak berusia empat tahun.

“Biasanya, ibu atau abangnya akan menemaninya tetapi ditakdirkan jadi begini,” kata Norsham, ketika ditemui di bilik mayat, malam Khamis.

Selepas menerima berita menyayat hati itu, beliau terus bergegas ke rumah mayat Hospital Kuala Lumpur di mana bedah siasat telah dijalankan.

“Saya tidak dapat melihat anak saya tetapi dia telah dikenal pasti berdasarkan pakaian yang dipakainya. Kami diberitahu oleh doktor bahawa mayatnya reput teruk,” katanya di luar bilik mayat.

Sumber polis memberitahu kanak-kanak itu ditemukan dengan kepalanya terpisah daripada badan.

Kanak-kanak itu sebelum ini dilaporkan hilang di Jinjang pada 11 Ogos lepas dan ia disiasat sebagai kes kehilangan kanak-kanak.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun pada Isnin lepas di sekitar Jinjang dan suspek direman empat hari sehingga hari ini.

Sejak kanak-kanak itu dilaporkan hilang, kes itu mulanya disiasat sebagai kes orang hilang sebelum bertukar menjadi kes culik mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan selepas suspek tersebut ditahan.

“Namun setelah mayat mangsa ditemui hari ini, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya sambil menegaskan motif pembunuhan masih disiasat.

Noor Amila Edrus, anak sulung daripada dua beradik, tinggal bersama bapa dan ibu tirinya di Jinjang Utara.

Mayat kanak-kanak malang itu ditemukan pada kira-kira 12.30 tengah hari Khamis.

Jenazah kanak-kanak itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Bangkong di Batu 5, Jalan Ipoh di sini, kira-kira 12.30 tengah malam Jumaat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s